Antarabangsa
Kerajaan Netanyahu lebih teruk dari Ku Klux Klan – Bekas Ketua Perisikan Israel
Bekas ketua agensi perisikan Israel ‘Mossad’ pada Khamis berkata kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu kini dalam cengkaman puak pelampau yang “jauh lebih teruk” dari kumpulan pelampau perkauman, Ku Klux Klan.
- Bekas ketua agensi perisikan Israel ‘Mossad’ pada Khamis berkata kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu kini dalam cengkaman puak pelampau yang “jauh lebih teruk” dari kumpulan pelampau perkauman, Ku Klux Klan.
- Tamir Pardo memberitahu stesen radio Kan bahawa menteri seperti Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich mewakili “kelompok perkauman mengerikan” yang lebih dahsyat dari kumpulan ketuanan kulit putih di Amerika Syarikat.
- Pardo merupakan individu yang berkhidmat dengan Netanyahu sebagai ketua Mossad dari 2011 hingga 2016.
- “Pemimpin (kita) dah hilang akal. Tiada apa yang (buruk) sepatutnya berlaku jika perdana menteri tidak mengetuai proses ini,” kata bekas ketua perisikan rejim Israel itu dipetik Middle East Eye.
- Komen itu telah menarik perhatian media Ibrani dengan meningkatnya penentangan meluas terhadap Netanyahu dan program reformasi kehakiman yang diputuskan kerajaan pimpinannya.
Bekas ketua agensi perisikan Israel ‘Mossad’ pada Khamis berkata kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu kini dalam cengkaman puak pelampau yang “jauh lebih teruk” dari kumpulan pelampau perkauman, Ku Klux Klan.
Tamir Pardo memberitahu stesen radio Kan bahawa menteri seperti Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich mewakili “kelompok perkauman mengerikan” yang lebih dahsyat dari kumpulan ketuanan kulit putih di Amerika Syarikat.
Pardo merupakan individu yang berkhidmat dengan Netanyahu sebagai ketua Mossad dari 2011 hingga 2016.
Menurut Padro, tindakan Netanyahu menjemput Ben Gvir, Smotrich dan ahli politik sayap kanan lain menyertai kerajaan gabungan seolah-olah menjemput “Ku Klux Klan” menjadi sebahagian dari kerajaan.
“Pemimpin (kita) dah hilang akal. Tiada apa yang (buruk) sepatutnya berlaku jika perdana menteri tidak mengetuai proses ini,” kata bekas ketua perisikan rejim Israel itu dipetik Middle East Eye.
Dia bagaimanapun menafikan “cerita karut” yang mendakwa Netanyahu diketuai golongan pelampau di dalam kerajaan.
Komen itu menarik perhatian media Ibrani dengan meningkatnya penentangan meluas terhadap Netanyahu dan program reformasi kehakiman yang diputuskan kerajaan pimpinannya.
Minggu ini, Parlimen Israel didakwa meluaskan undang-undang “perkauman” yang akan menyaksikan warga Palestin Israel disaring daripada menetap di kampung dan bandar kecil di negara itu.
Sumber: Middle East Eye