Antarabangsa
Gadis 23 tahun maut dipukul menggunakan botol bir di luar stadium
Gabriela Anelli Marchiano, 23, meninggal dunia selepas dipukul menggunakan botol bir dalam insiden pergaduhan di luar Stadium Allianz Parque, Brazil.
- Gabriela Anelli Marchiano, 23, meninggal dunia selepas dipukul menggunakan botol bir dalam insiden pergaduhan di luar Stadium Allianz Parque, Brazil.
- Mangsa kepada insiden pergaduhan di antara penyokong Palmeiras dan Flamengo itu malangnya belum sempat memasuki stadium untuk melihat perlawanan itu.
- Mirror melaporkan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan insiden pergaduhan di luar stadium iaitu tempat di mana Gabriela beratur untuk memasuki stadium itu.
- Dengan bantuan paramedik, gadis berusia 23 tahun itu dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan akibat kecederaan arteri lehernya, tetapi disahkan meninggal dunia dua hari berikutnya pada pagi 10 Julai lalu.
Gabriela Anelli Marchiano, 23, meninggal dunia selepas dipukul menggunakan botol bir dalam insiden pergaduhan di luar Stadium Allianz Parque, Brazil.
Mangsa kepada insiden pergaduhan di antara penyokong Palmeiras dan Flamengo itu malangnya belum sempat memasuki stadium untuk melihat perlawanan itu.
Mirror melaporkan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan insiden pergaduhan di luar stadium iaitu tempat di mana Gabriela beratur untuk memasuki stadium itu.
Dengan bantuan paramedik, gadis berusia 23 tahun itu dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan akibat kecederaan arteri lehernya, tetapi disahkan meninggal dunia dua hari berikutnya pada pagi 10 Julai lalu.
Seorang jurucakap persatuan penyokong Palmeiras bercakap sehari sebelum kematiannya: “Terdapat pergaduhan sebelum perlawanan semalam di luar Allianz dan Gabriela dipukul di leher dengan serpihan botol mengena arterinya”.
Katanya, “kita tidak dapat menerima bahawa seorang gadis 23 tahun menjadi mangsa keganasan dalam persekitaran yang sepatutnya memberikan hiburan”.
Dilcilene dos Santos, ibunya yang bersedih berkata: “mereka merampas anak gadis kami daripada kami.”
“Gabriela cahaya saya, hidup saya, gadis kecil saya dan seorang pejuang sejak kecil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, berjuang sehingga saat akhir di ICU.
Ibunya berkata: “Akhirnya, bukan masalah kesihatan yang membunuhnya tetapi sebuah sebotol”.
Sumber: Mirror