Connect with us

Antarabangsa

Bunuh guru beri markah rendah, remaja dipenjara seumur hidup di AS

Salah seorang remaja yang membunuh gurunya kerana diberi markah rendah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Daerah Iowa, Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bunuh guru beri markah rendah, remaja dipenjara seumur hidup di AS
Foto: Suspek pertama, Willard Miller (kiri), guru yang dibunuh, Nohema Grabber (tengah) dan suspek kedua, Jeremy Goodale (kanan).
  • Willard Miller, 17, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Daerah Iowa, Amerika Syarikat (AS).
  • Dia dituduh membunuh gurunya Nohema Grabber, 66, dua tahun lalu kerana berang diberikan markah rendah dalam mata pelajaran bahasa Sepanyol.
  • Willard berpakat dengan rakannya Jeremy Goodale, 17, untuk menyerang hendap dan memukul Nohema menggunakan kayu besbol ketika gurunya sedang berjalan di sebuah taman.
  • Ketika insiden pembunuhan guru malang itu, mereka berdua baru berusia 16 tahun.

Salah seorang remaja yang membunuh gurunya kerana diberi markah rendah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Daerah Iowa, Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan New York Post, Hakim Shawn Showers menjatuhkan hukuman itu semalam kepada Willard Miller, 17, atas kesalahan membunuh Nohema Grabber, 66, dua tahun lalu.

Ketika dijatuhkan hukuman, Willard menerima keputusan itu dan memohon maaf kepada keluarga Nohema.

Willard mengaku melakukan perbuatan itu bersama rakannya Jeremy Goodale, 17, susulan berang dengan Nohema memberi mereka markah rendah dalam mata pelajaran bahasa Sepanyol di sekolah.

Kedua remaja itu menyerang hendap Nohema pada 2 November 2021 ketika dia sedang menjalankan rutin petangnya berjalan di Taman Fairfield.

Mereka yang baru berusia 16 tahun ketika kejadian telah memukul Nohema menggunakan kayu besbol.

Perbuatan itu mengakibatkan guru mereka mengalami kecederaan di kepala lalu meninggal dunia.

Mayat Nohema ditemui di bawah kain khemah pada landasan kereta sorong di taman tersebut.

Susulan kejadian, kedua-dua remaja itu membuat hantaran di media sosial untuk bercakap besar mengenai pembunuhan itu, sekaligus membawa kepada penangkapan mereka.

Difahamkan, Willard berpakat dengan Jeremy selama dua minggu untuk melakukan perbuatan itu.

Hukuman bagi Jeremy masih belum ditentukan susulan perbicaraannya dijadualkan pada Ogos ini.

Setakat ini, Jeremy mengekalkan pengakuannya terlibat dalam rancangan pembunuhan itu, namun tidak pernah memukul Nohema.

Sumber: New York Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *