Antarabangsa
Seksa dan hukum bunuh seorang lelaki Muslim, 10 lelaki dipenjarakan di India
Mahkamah India pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada 10 lelaki yang didakwa melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki Islam yang maut selepas diseksa dan dipaksa melaungkan slogan Hindu.
- Mahkamah India pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada 10 lelaki yang didakwa melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki Islam yang maut selepas diseksa dan dipaksa melaungkan slogan Hindu.
- Mangsa, Tabrez Ansari telah diikat pada tiang dan diseksa selama 12 jam pada 2019, ketika dia menangis dan merayu kepada kumpulan yang menuduhnya melakukan pecah rumah di negeri timur India, Jharkhand.
- Video insiden yang tular di media sosial menunjukkan lelaki berusia 24 tahun itu dipaksa melaungkan “Jai Sri Ram” iaitu slogan yang digunakan secara meluas oleh pelampau Hindu.
Mahkamah India pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada 10 lelaki yang didakwa melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki Islam yang maut selepas diseksa dan dipaksa melaungkan slogan Hindu.
Menurut laporan The Guardian, mangsa, Tabrez Ansari telah diikat pada tiang dan diseksa selama 12 jam pada 2019, ketika dia menangis dan merayu kepada kumpulan yang menuduhnya melakukan pecah rumah di negeri timur India, Jharkhand.
Video insiden yang tular di media sosial menunjukkan lelaki berusia 24 tahun itu dipaksa melaungkan “Jai Sri Ram” iaitu slogan Hindu yang diguna secara meluas oleh pelampau agama itu.
Polis kemudian menahan Tabrez yang dalam keadaan kritikal kerana didakwa mencuri dan membawanya ke hospital beberapa hari kemudian di mana dia kemudiannya dilaporkan meninggal dunia semasa dalam tahanan.
Ekoran bantahan awam, polis menahan 12 lelaki Hindu, namun dua daripadanya dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Isteri Tabrez, Shaista Parveen berkata dia akan merayu terhadap hukuman itu untuk meningkatkannya.
“Saya menghormati perintah mahkamah, tetapi saya tidak berpuas hati sepenuhnya dengan keputusan itu. Kami akan mendekati mahkamah yang lebih tinggi untuk keadilan,” katanya kepada AFP.
Perdana Menteri India, Narendra Modi yang dikritik kerana tidak bersuara menentang keganasan agama berkata dia ‘disakiti’ oleh pembunuhan Tabrez.
Kerajaan nasionalis Hindu Modi juga dituduh menutup mata terhadap peningkatan jumlah serangan atas minoriti Muslim itu.
Kumpulan hak asasi manusia berkata perusuh beragama Hindu semakin berani di bawah pemerintahan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi yang berkuasa di India sejak 2014.
Sumber: The Guardian