Connect with us

Terkini

NGO gesa pihak terbabit kes warga Singapura ‘borong’ petrol RON95 disiasat, digantung tugas

Semua pihak terlibat dalam kes rider Grab menegur dua warga Singapura yang didakwa ‘borong’ minyak RON95 sepatutnya turut disiasat dan digantung tugas sebagaimana  dihadapi penghantar makanan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari (CIJ)
Foto: Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari (CIJ).
  • Semua pihak terlibat dalam kes rider Grab menegur dua warga Singapura yang didakwa ‘borong’ minyak RON95 sepatutnya turut disiasat dan digantung tugas sebagaimana  dihadapi penghantar makanan itu.
  • Gesaan itu dibuat Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari (CIJ) kerana mendesak Grab Holdings memohon maaf kepada penghantar makanan terbabit.
  • “Saya nak minta Kerajaan Malaysia kena suspend! Saya nak pegawai-pegawai KPDN kena suspend! Saya nak stesen minyak tersebut kena suspend! Dan saya nak, siapa yang terlibat, yang membuatkan rakyat Singapura itu terlepas balik, semua kena suspend! Ini prosedur,” katanya menerusi video di TikTok hari ini.
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa kerajaan segera melaksanakan program subsidi petrol bagi memastikan tiada hasil negara dirompak secara terbuka.
  • Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, setiap hari ada sahaja pengguna melaporkan kes kenderaan negara jiran mengisi petrol bersubsidi di negeri berhampiran sempadan.

KUALA LUMPUR — Semua pihak terlibat dalam kes rider Grab menegur dua warga Singapura yang didakwa ‘borong’ minyak RON95 sepatutnya turut disiasat dan digantung tugas sebagaimana  dihadapi penghantar makanan itu.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari (CIJ) kerana mendesak Grab Holdings memohon maaf kepada penghantar makanan terbabit.

“Isu dia mudah. Rider Malaysia tegur rakyat Singapura ambil minyak RON95. Plot twist, akaun rider Grab itu kena suspend (digantung). Semua kata itu prosedur Grab nak suspend akaun dia. Fine! 

“Saya nak minta Kerajaan Malaysia kena suspend! Saya nak pegawai-pegawai KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) kena suspend! Saya nak stesen minyak tersebut kena suspend! Dan saya nak, siapa yang terlibat, yang membuatkan rakyat Singapura itu terlepas balik, semua kena suspend! Ini prosedur.

“Kalau dah semua kena suspend, korang boleh fikir tak, salah siapa? Mana petugas? Mana pegawai KPDN? Mana pegawai Imigresen? Semua kita nak kena suspend. Punca nak kena suspend semua sebab apa? Sebab kita tuntut Grab mohon maaf,” katanya menerusi video di TikTok hari ini.

Izzat berkata sekiranya penghantar makanan itu digantung akaunnya dan disiasat dengan alasan mengikut prosedur syarikat Grab, maka sewajarnya semua yang terlibat dalam kes itu juga dikenakan tindakan sama.

Katanya, tidak seharusnya penghantar makanan itu sahaja disiasat dalam kes itu, sebaliknya pegawai KPDN dan pegawai imigresen juga perlu disiasat.

“Siasat semua! Macam mana minyak yang boleh banyak-banyak dalam tong itu boleh terlepas dari imigresen? Nak suspend kan? Prosedur kan? Prosedur dunia korang ikut, prosedur akhirat korang tidak fikir,” katanya dalam video berdurasi satu minit 19 saat itu.

Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa kerajaan segera melaksanakan program subsidi petrol bagi memastikan tiada hasil negara dirompak secara terbuka.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, setiap hari ada sahaja pengguna melaporkan kes kenderaan negara jiran mengisi petrol bersubsidi di negeri berhampiran sempadan.

Katanya, gesaan itu dibuat berhubung insiden dua individu warga Singapura yang didakwa mengisi minyak petrol ke dalam tong di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

“Bukan sahaja tidak ada tindakan langsung dari Kerajaan Malaysia terhadap pelaku, di mana maruah kita sebagai sebuah negara?,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Terbaharu, Grab Holdings dilaporkan mengaktifkan semula akaun penghantar makanan terbabit selepas menggantung akaunnya pada 21 Jun lalu.

Menurutnya, akaun penghantar lelaki terbabit cuma digantung sementara bukan ditamatkan berikutan menerima aduan mendakwa lelaki berkenaan mengugut menggunakan senjata.

Tindakan itu diambil mengikut SOP ditetapkan bagi memastikan platform Grab selamat digunakan dan dipercayai pelanggan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati terdapat salah faham berlaku dan individu warga Singapura tersebut mendakwa mahu mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box, Iskandar Puteri, Johor, pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu. —- The Merdeka Times

Sumber: Tiktok cij.bmf

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *