Connect with us

Antarabangsa

Perkhidmatan penting hampir lumpuh di Sudan

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada Isnin memberi amaran perkhidmatan penting di Sudan kini hampir lumpuh, akibat konflik yang berterusan.

Wartawan TMT

Published

on

Perkhidmatan penting hampir lumpuh di Sudan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada Isnin memberi amaran perkhidmatan penting di Sudan kini hampir lumpuh, akibat konflik yang berterusan.
  • “Dua bulan bergelumang konflik, permusuhan di kawasan bandar yang padat penduduk membawa kesan buruk ke atas infrastruktur awam, terutama di Khartoum dan di Darfur dan kawasan sekitarnya.
  • “Beratus-ratus ribu orang awam di Khartoum sudah berminggu-minggu tanpa bekalan air bersih dan elektrik dan terpaksa berjalan jauh dan membahayakan nyawa untuk mendapatkan perkhidmatan penting,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan ICRC.
  • Harga barang yang melambung tinggi serta kekurangan bahan api memburukkan lagi keadaan.

GENEVA: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada Isnin memberi amaran perkhidmatan penting di Sudan kini hampir lumpuh, akibat konflik yang berterusan.

“Dua bulan bergelumang konflik, permusuhan di kawasan bandar yang padat penduduk membawa kesan buruk ke atas infrastruktur awam, terutama di Khartoum dan di Darfur dan kawasan sekitarnya.

“Beratus-ratus ribu orang awam di Khartoum sudah berminggu-minggu tanpa bekalan air bersih dan elektrik dan terpaksa berjalan jauh dan membahayakan nyawa untuk mendapatkan perkhidmatan penting,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan ICRC.

Harga barang yang melambung tinggi serta kekurangan bahan api memburukkan lagi keadaan.

Ketua delegasi ICRC di Sudan, Jean-Christophe Sandoz, berkata tiada kakitangan teknikal di negara itu dapat mengakses infrastruktur awam dengan selamat untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih yang diperlukan.

Keadaan itu mewujudkan kebimbangan wabak penyakit bawaan air bakal melanda semasa musim hujan.

“Sampah tidak dikutip di banyak kawasan kejiranan bandar selama berminggu-minggu dan mayat masih bergelimpangan di kawasan yang sukar diakses,” katanya sambil menambah penduduk tidak mempunyai pilihan, selain menggunakan air minuman yang tidak selamat dari Sungai Nil atau sumber lain.

Selain itu, banyak kemudahan perubatan terpaksa ditutup dan di Khartoum sahaja ICRC menganggarkan hanya 20 peratus kemudahan masih berfungsi dan di banyak kawasan di Darfur, keadaan penyediaan penjagaan kesihatan adalah kritikal.

“Sistem penjagaan kesihatan kini berada dalam tekanan, bukan sahaja untuk merawat sejumlah besar yang cedera, bahkan untuk menyedia perkhidmatan rutin kepada penduduk,” katanya.

Sudan dilanda konflik akibat pertempuran di antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sejak 15 April.

Hampir 1,000 orang awam terbunuh dan beribu-ribu cedera dalam keganasan itu, menurut pegawai perubatan tempatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending