Antarabangsa
Uganda lulus undang-undang anti-homoseksual
Uganda akan melaksanakan Akta Anti-Homoseksualiti berikutan presidennya, Yoweri Museveni, bersetuju meluluskan undang-undang itu di Parlimen negara berkenaan.
- Uganda akan melaksanakan Akta Anti-Homoseksualiti berikutan presidennya, Yoweri Museveni, bersetuju meluluskan undang-undang itu di Parlimen negara berkenaan.
- Speaker Parlimen Uganda, Anita Among berkata, dengan kelulusan akta itu, pihak berkuasa diminta supaya melaksanakan mandat berkenaan dalam lunas undang-undang negara berkenaan.
- “Rakyat Uganda sudah menyatakan suara mereka dan menjadi kewajipan anda sekarang untuk menguatkuasakan undang-undang ini dengan cara yang adil, teguh dan tegas,” katanya di Twitter.
- Hubungan sesama jantina sememangnya menjadi kesalahan di Uganda dan lebih 30 negara Afrika lain, namun penguatkuasaan akta baharu itu dijangka lebih teliti dan tegas dalam menyasarkan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan homoseksual.
KAMPALA: Uganda akan melaksanakan Akta Anti-Homoseksualiti berikutan presidennya, Yoweri Museveni, bersetuju meluluskan undang-undang itu di Parlimen negara berkenaan.
Perkara itu disahkan oleh Speaker Parlimen Uganda, Anita Among menerusi Twitternya, semalam.
Anita berkata, dengan kelulusan akta itu, pihak berkuasa diminta supaya melaksanakan mandat berkenaan dalam lunas undang-undang negara berkenaan.
“Rakyat Uganda sudah menyatakan suara mereka dan menjadi kewajipan anda sekarang untuk menguatkuasakan undang-undang ini dengan cara yang adil, teguh dan tegas,” katanya di Twitter.
Difahamkan, undang-undang yang diluluskan itu adalah salah satu peraturan membabitkan larangan homoseksualiti yang paling ketat di dunia.
Tindakan Museveni meluluskan undang-undang itu, sekali gus menunjukkan keberanian beliau menentang kecaman kerajaan negara Barat, perniagaan dan aktivis hak asasi manusia.
Hubungan sesama jantina sememangnya menjadi kesalahan di Uganda dan lebih 30 negara Afrika lain, namun penguatkuasaan akta baharu itu dijangka lebih teliti dan tegas dalam menyasarkan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan homoseksual.
Sumber: Berita Harian