Connect with us

Terkini

Wanita sampaikan khutbah Jumaat ikut ‘Mazhab Soekarno’?

Kehebatan pimpinan dan kebolehan berpidato bekas presiden pertama Indonesia, Soekarno diperakui ramai, namun bukan dari sudut kealimannya  dalam agama Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Wanita sampaikan khutbah Jumaat ikut ‘Mazhab Soekarno’?
Foto: Pemimpin Ponpes Al Zaytun Indramayu, Syekh Panji Gumilang (kiri) dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor (tengah).
  • Kehebatan pimpinan dan kebolehan berpidato bekas presiden pertama Indonesia, Soekarno diperakui ramai, namun bukan dari sudut kealimannya dalam agama Islam.
  • “Kalau apa kita kata, ulama yang kita kena ikut itu adalah ulama yang mujtahidin yang ada kemampuan untuk berijtihad bagi menyelesaikan segala peristiwa berlaku dan nak relate kan dengan sumber-sumber asli dalam agama kita iaitu al-Quran, hadis-hadis dan sunnah Nabi Muhammad SAW,” kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Beliau berkata demikian susulan video tular menunjukkan seorang wanita menyampaikan khutbah Jumaat serta jemaah lelaki dan wanita bercampur dalam saf ketika mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di sebuah pondok pesantren di Jawa Barat, baru-baru ini.
  • Seorang individu dipercayai pendiri dan pemimpin Ponpes Al Zaytun Indramayu, Syekh Panji Gumilang dalam satu kenyataan menerusi akaun Youtube @Tribunnews menegaskan perkara itu adalah mengikut mazhab ‘Bung Karno Ahmad Soekarno’.

KUALA LUMPUR — Kehebatan pimpinan dan kebolehan berpidato bekas presiden pertama Indonesia, Soekarno diperakui ramai, namun bukan dari sudut kealimannya  dalam agama Islam. 

Ini kerana Soekarno atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Bung Karno’ tidak mempunyai autoriti dari sudut agama Islam.

Itu pandangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berikutan ada individu dari Indonesia yang mengakui menggunakan ‘Mazhab Soekarno’.

Dari sudut kepimpinan dia memang hebatlah tapi dari sudut kefahaman agamanya itu, kita kena fahamkan juga bahawa almarhum bukanlah seorang pakar ataupun seorang alim dalam bidang agama Islam.

“Sebab agama Islam ini, dia ada metodologi.. lepas itu perlu dikuasai oleh ahli-ahlinya.

“Kalau apa kita kata, ulama yang kita kena ikut itu adalah ulama yang mujtahidin yang ada kemampuan untuk berijtihad bagi menyelesaikan segala peristiwa berlaku dan nak relate kan dengan sumber-sumber asli dalam agama kita iaitu al-Quran, hadis-hadis dan sunnah Nabi Muhammad SAW,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian susulan video tular menunjukkan jemaah lelaki dan wanita bercampur dalam saf ketika mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di sebuah pondok pesantren di Jawa Barat, baru-baru ini.

Turut mencetuskan kontroversi ialah cara laungan azan pelajar di pondok itu yang menghadap jemaah dan mengelirukan orang ramai selain khutbah Jumaat disampaikan seorang wanita.

Individu dipercayai pendiri dan pemimpin Ponpes Al Zaytun Indramayu, Syekh Panji Gumilang dalam satu kenyataan menerusi akaun Youtube @Tribunnews menegaskan perkara itu adalah mengikut mazhab ‘Bung Karno Ahmad Soekarno’. — The Merdeka Times

Authors

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *