Antarabangsa
Biro Keselamatan Awam mahu warga China tak guna Whatsapp, Telegram & Twitter
Biro Keselamatan Awam di beberapa bandar di China baru-baru ini mengeluarkan notis meminta ibu bapa menyemak sama ada telefon bimbit anak-anak mereka telah menyahpasang ‘aplikasi pesanan terenkripsi’, termasuk perisian sosial seperti Twitter dan Telegram.
- Biro Keselamatan Awam di beberapa bandar di China baru-baru ini mengeluarkan notis meminta ibu bapa menyemak sama ada telefon bimbit anak-anak mereka telah menyahpasang ‘aplikasi pesanan terenkripsi’, termasuk perisian sosial seperti Twitter dan Telegram.
- Menurut laporan guangming.com, akaun WeChat rasmi Biro Keselamatan Awam Perbandaran Nanjing mengumumkan pada 16 Mei lalu bahawa ‘aplikasi pesanan terenkripsi’ digunakan penjenayah kerana privasinya yang ketat, terutamanya fungsi “terpadam selepas baca”.
- Menurut polis, penjenayah memperdaya kanak-kanak di bawah umur untuk memberi maklumat peribadi dan kandungan lain di dalam ‘aplikasi pesanan terenkripsi’, menjadikan mereka bersubahat dalam jenayah, dan jika keadaannya serius, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau tahanan dan denda.
- Permintaan pihak berkuasa di China itu mencetuskan komen netizen yang percaya ia adalah kerana aplikasi pesanan luar negara sukar dipantau dan ia menjejaskan kebebasan bersuara.
Biro Keselamatan Awam di beberapa bandar di China baru-baru ini mengeluarkan notis meminta ibu bapa menyemak sama ada telefon bimbit anak-anak mereka telah menyahpasang ‘aplikasi pesanan terenkripsi’, termasuk perisian sosial seperti Twitter dan Telegram.
Menurut laporan guangming.com, akaun WeChat rasmi Biro Keselamatan Awam Perbandaran Nanjing mengumumkan pada 16 Mei lalu bahawa ‘aplikasi pesanan terenkripsi’ digunakan penjenayah kerana privasinya yang ketat, terutamanya fungsi “terpadam selepas baca”.
Menurut polis, penjenayah memperdaya kanak-kanak di bawah umur untuk memberi maklumat peribadi dan kandungan lain di dalam ‘aplikasi pesanan terenkripsi’, menjadikan mereka bersubahat dalam jenayah, dan jika keadaannya serius, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau tahanan dan denda.
Pihak polis Nanjing, pihak polis di Bandar Fuzhou di Wilayah Fujian, Bandar Dazhou di Wilayah Sichuan, Wilayah Hainan, Bandar Hezhou di Wilayah Guangxi, Bandar Tongliao di Wilayah Mongolia Dalam dan Bandar Lanzhou di Wilayah Gansu juga mengeluarkan amaran sama.
Sesetengah notis meminta guru dan ibu bapa menyemak sama ada aplikasi terbabit dipasang dalam telefon bimbit anak-anak mereka.
“Jika ya, anak anda mungkin membantu penipu di luar negara dalam melakukan jenayah. Jika anda mendapati anak anda telah memasangnya (aplikasi tersebut), anda mesti berwaspada, memberitahu anak-anak kemudaratannya, dan membawa anak-anak ke biro keselamatan awam terdekat untuk menyiasat sama ada mereka terlibat dalam jenayah”.
Aplikasi tersenarai termasuk WhatsApp, Telegram dan Twitter.
Bagaimanapun, permintaan pihak berkuasa di China itu mencetuskan komen netizen yang percaya ia adalah kerana aplikasi pesanan luar negara sukar dipantau dan ia menjejaskan kebebasan bersuara.
Sumber: Guangming