Connect with us

Terkini

AS hargai bantuan Malaysia evakuasi rakyatnya dari Sudan

Amerika Syarikat (AS) menghargai bantuan Malaysia membawa keluar dua rakyatnya ketika proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan, baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS hargai bantuan Malaysia evakuasi rakyatnya dari Sudan
Foto: Setiausaha Negara AS, Antony Blinken (kiri) dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kanan).
  • Amerika Syarikat (AS) menghargai bantuan Malaysia membawa keluar dua rakyatnya ketika proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan, baru-baru ini.
  • Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata penghargaan itu disampaikan sendiri Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.
  • “Saya menerima panggilan telefon daripada Antony, Setiausaha Negara AS semalam. Ia panggilan telefon kali pertama di antara saya dan Setiausaha Negara AS sejak Disember 2022.
  • Katanya, usaha dilakukan wakil Malaysia diketuai oleh Wisma Putra jelas membuktikan bantuan diberikan tanpa mengira warganegara itu begitu dihargai, apatah lagi sehingga mereka sanggup berhadapan dengan risiko keselamatan yang tinggi.

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) menghargai bantuan Malaysia membawa keluar dua rakyatnya ketika proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan, baru-baru ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata penghargaan itu disampaikan sendiri Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

“Saya menerima panggilan telefon daripada Antony, Setiausaha Negara AS semalam. Ia panggilan telefon kali pertama di antara saya dan Setiausaha Negara AS sejak Disember 2022.

“Setiausaha Negara AS secara khusus merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas bantuan membawa keluar dua warga AS semasa proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, usaha dilakukan wakil Malaysia diketuai oleh Wisma Putra jelas membuktikan bantuan diberikan tanpa mengira warganegara itu begitu dihargai, apatah lagi sehingga mereka sanggup berhadapan dengan risiko keselamatan yang tinggi.

“Saya dan Setiausaha Negara AS seterusnya bertukar- tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala seperti peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan, pertukaran lawatan, ekonomi digital, dan perubahan iklim.

“Kami juga turut membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya.

Zambry berkata, kedua-dua pihak juga sepakat untuk terus melaksanakan usaha memperkukuhkan Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS.

“Semoga hubungan antara Malaysia-AS dapat terus kekal dan mencapai tahap yang lebih tinggi dalam konteks dua negara dalam pelbagai bidang,” katanya.

Jumaat lalu, kumpulan 30 rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari lokasi konflik di Sudan, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Khamis lalu, Zambry berkata, usaha membawa keluar rakyat Malaysia menerusi misi menyelamat oleh Pasukan Khas Ops Sudan, pastinya lebih sukar sekiranya tiada pembabitan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Al-Sultan Abdullah sendiri menghubungi Presiden UAE untuk membantu operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan, manakala tindakan Perdana Menteri menghubungi pemimpin Sudan bagi mendapatkan laluan keselamatan sewaktu perjalanan sejauh 1,233 kilometer (km) dilakukan dari Khartoum ke Pelabuhan Sudan menyumbang kepada kejayaan operasi yang amat kompleks itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *