Antarabangsa
Empat wanita dipenjara tiga tahun atas tuduhan jenayah Daesh
Hakim Belanda menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap empat wanita atas tuduhan keganasan, selepas dibawa pulang dari kem pelarian Syria tahun lalu.
- Hakim Belanda menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap empat wanita atas tuduhan keganasan, selepas dibawa pulang dari kem pelarian Syria tahun lalu.
- Mereka adalah antara lima wanita Belanda dan 11 kanak-kanak yang tiba di Belanda Februari lalu selepas operasi oleh kerajaan Belanda untuk mengekstradisi mereka dari kem pelarian Al-Roj di timur laut Syria.
- Mereka dibicarakan tidak lama selepas itu di Mahkamah daerah Rotterdam atas pertuduhan menyertai pejuang Khalifah Islam ketika kemuncak perang saudara Syria, dan merancang kegiatan pengganas.
- “Mereka menyertai Daesh di sana. Suami mereka mempunyai jawatan dengan Daesh,” kata mereka merujuk kepada kumpulan pengganas Daesh.
- Hukuman yang dikenakan ke atas empat wanita itu antara 30 hingga 36 bulan penjara, dengan 12 hingga 15 bulan hukuman ditangguh.
THE HAGUE: Hakim Belanda menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap empat wanita atas tuduhan keganasan, selepas dibawa pulang dari kem pelarian Syria tahun lalu.
Mereka adalah antara lima wanita Belanda dan 11 kanak-kanak yang tiba di Belanda Februari lalu selepas operasi oleh kerajaan Belanda untuk mengekstradisi mereka dari kem pelarian Al-Roj di timur laut Syria.
Mereka dibicarakan tidak lama selepas itu di Mahkamah daerah Rotterdam atas pertuduhan menyertai pejuang Khalifah Islam ketika kemuncak perang saudara Syria, dan merancang kegiatan pengganas.
“Wanita itu pergi ke medan perang di Syria dan Iraq kerana mengetahui bahawa perang sedang berlaku di sana,” kata hakim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mahkamah Rotterdam.
“Mereka menyertai Daesh di sana. Suami mereka mempunyai jawatan dengan Daesh,” kata mereka merujuk kepada kumpulan pengganas Daesh.
Hukuman yang dikenakan ke atas empat wanita itu antara 30 hingga 36 bulan penjara, dengan 12 hingga 15 bulan hukuman ditangguh.
“Selain itu, mereka mesti mematuhi semua jenis syarat khas,” termasuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa, kata hakim.
Hakim turut menegaskan kumpulan wanita itu telah menolak secara jelas ideologi Daesh.
Wanita kelima didapati tidak bersalah atas tuduhan keganasan, tetapi dijatuhi hukuman 16 bulan, dengan sembilan bulan ditangguhkan atas kesalahan membahayakan anaknya dengan masuk ke zon perang.
“Ramai mengetahui mengenai apa yang terpaksa ditanggung oleh penduduk asal di kawasan itu dan hampir tidak ada perkataan untuk menggambarkan keseriusannya,” kata hakim.
“Lebih-lebih lagi, kebanyakan jenayah ini dilakukan dengan tujuan jelas untuk menimbulkan ketakutan kepada penduduk di kawasan ini dan oleh itu tidak dinafikan jenayah pengganas,” tambah mereka.
Kerajaan Belanda menghantar pulang wanita itu selepas mahkamah memberi amaran pada 2021 bahawa ia mungkin perlu menggugurkan pertuduhan terhadap mereka jika mereka tidak dibawa pulang dalam masa beberapa bulan.
Kira-kira 300 pejuang jihad Belanda mengembara ke Syria untuk menyertai pejuang Islam radikal dari 2012 dan seterusnya, menurut angka kerajaan Belanda.
Menurut perkhidmatan rahsia Belanda kira-kira 100 masih kekal, ramai di kem dan pusat tahanan di utara Syria, Iraq dan Turkiye, manakala kira-kira 100 yang lain telah meninggal dunia.
Sumber: Berita Harian