Connect with us

Antarabangsa

Pelayan hotel Madrid ditahan akibat hina Islam, Ramadan dan pasukan bola sepak Maghribi

Seorang pelayan hotel di Madrid ditahan atas dakwaan jenayah kebencian selepas memuat naik gambar pemain bola sepak Maghribi dengan kata-kata menghina Islam dan perkauman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelayan hotel Madrid ditahan akibat hina Islam, Ramadan dan pasukan bola sepak Maghribi
Foto: Di perkarangan Eurostars Hotel Tower.
  • Seorang pelayan hotel berusia 27 tahun memuat naik gambarnya bersama pasukan bola sepak Maghribi berserta kata-kata menghina Islam dan perkauman.
  • Pasukan Maghribi menginap di Eurostars Hotel Tower, Madrid untuk menghadiri perlawanan persahabatan menentang Peru.
  • Dia kini ditahan atas dakwaan jenayah kebencian dan polis tempatan mengesahkan dia akan dihadapkan kepada hakim tidak lama lagi.
  • Jurulatih Maghribi, Walid Regragui memberitahu pihaknya mengambil keputusan untuk memaafkan lelaki berkenaan dengan mengambil kira Ramadan merupakan bulan suci yang dikenali dalam dunia Islam sebagai bulan pengampunan dan toleransi.

Seorang pelayan hotel di Madrid ditahan atas dakwaan jenayah kebencian selepas memuat naik gambar pemain bola sepak Maghribi dengan kata-kata menghina Islam dan perkauman.

Pelayan berusia 27 tahun di Eurostars Hotel Tower bertaraf lima bintang itu telah meminta untuk bergambar bersama pemain yang menginap di hotel itu.

Dia kemudian memuat naik gambar-gambar itu di Instagram berserta dengan kata-kata hinaan.

“Kami jadi hamba bulan Ramadan durjana dan kepercayaan durjananya yang mengarut.

“Kepada pasukan Maghribi di menara (hotel) ini, kalian pembawa sial merosakkan hari kami.

“Saya mencaci Ramadan dan nenek moyang mereka yang telah mati,’ demikian tulisnya dalam hantaran yang meraih lebih 70,000 tontonan dengan pantas.

Polis tempatan mengesahkan lelaki itu dijadualkan hadir di hadapan hakim tidak lama lagi.

Susulan itu, kumpulan yang memiliki hotel tersebut, Hotusa mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf.

“Kami ingin memohon maaf seikhlasnya berhubung dengan komen yang malang, tercela dan tidak boleh diterima yang bersifat perkauman dan xenofobia”.

Jelas kenyataan itu lagi, pelayan tersebut merupakan pekerja luar yang diupah sekali-sekala dan bukan sebahagian daripada kakitangan tetap hotel itu.

Dalam pada itu, jurulatih Maghribi Walid Regragui memberitahu yang pihaknya mengambil keputusan untuk memaafkan lelaki berkenaan dengan mengambil kira Ramadan merupakan bulan suci yang dikenali dalam dunia Islam sebagai bulan pengampunan dan toleransi.

“Kami tidak menerima perbuatan rasis, tetapi kami mahu menunjukkan bahawa Islam adalah agama toleransi,” kata Walid kepada pemberita.

“Kami memaafkan orang ini mengikut kehendak agama Islam dan adat orang Maghribi”.

Dia turut mengalu-alukan lelaki itu untuk melawat Maghribi untuk menyaksikan sendiri suasana bersama masyarakat Islam di bulan Ramadan.

Pasukan kebangsaan Maghribi itu berada di Sepanyol untuk bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Peru.

Maghribi menang 2-1 menentang Brazil dalam perlawanan minggu lalu, menjadikannya negara Arab pertama menumpaskan juara lima kali dunia yang menduduki tempat teratas kedudukan dunia FIFA.

Sumber: Reuters

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *