Connect with us

Terkini

Parlimen disaran buat bantahan kepada negara bakar Al-Quran di bulan ramadan

Parlimen di Malaysia disaran menghantar nota bantahan dan menunjuk rasa ketidakpuasan secara diplomatik kepada negara yang terbabit dalam kejadian membakar Al-Quran pada bulan ramadan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mantan Menteri Agama, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Parlimen di Malaysia disaran menghantar nota bantahan dan menunjuk rasa ketidakpuasan secara diplomatik kepada negara yang terbabit kejadian kumpulan pelampau membakar Al-Quran pada bulan ramadan.
  • Mantan Menteri Agama, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu adalah sejuzuk (sebahagian) daripada maksud dan makna kita mempertahankan al-Quran al-Karim, agama yang kita dokongi dan imani.
  • Parlimen disyorkan beliau untuk mengadakan usul tergempar membahaskan isu terbabit.
  • “Semoga tiada lagi Islamophobia yang sentiasa dimomokkan oleh mana-mana pihak yang bencikan keamanan dan harmoni,” katanya di Facebook pada Selasa.
  • Harapan itu diluahkan susulan tindakan kumpulan anti-Islam sayap kanan, Patrioterne Gar Live yang menyiarkan rakaman di Facebook memaparkan penyokong membawa sepanduk dengan mesej Islamofobia dan membakar senaskah al-Quran serta bendera Turkiye di hadapan Kedutaan Turkiye di Copenhagen, pada minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Parlimen di Malaysia disaran menghantar nota bantahan dan menunjuk rasa ketidakpuasan secara diplomatik kepada negara yang terbabit dalam kejadian membakar Al-Quran pada bulan ramadan.

Mantan Menteri Agama, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu adalah sebahagian makna kita mempertahankan al-Quran al-Karim, agama yang kita dokongi dan imani.

Parlimen disyorkan beliau untuk mengadakan usul tergempar membahaskan isu terbabit.

“Saya yakin dengan Kerajaan Madani di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, sudah pasti akan memberi kecaknaan penuh dan prihatin yang sewajarnya dalam isu yang amat pedih ini. 

“Semoga tiada lagi Islamophobia yang sentiasa dimomokkan oleh mana-mana pihak yang bencikan keamanan dan harmoni,” katanya di Facebook pada Selasa.

Harapan itu diluahkan susulan tindakan kumpulan anti-Islam sayap kanan, Patrioterne Gar Live yang menyiarkan rakaman di Facebook memaparkan penyokong membawa sepanduk dengan mesej Islamofobia dan membakar senaskah al-Quran serta bendera Turkiye di hadapan Kedutaan Turkiye di Copenhagen, pada minggu lalu.

Dr Zulkifli mengharapkan isu tersebut berterusan mendapat perhatian daripada umat Islam khususnya dari golongan pemimpin agar kejadian-kejadian berbentuk sedemikian dapat dicegah dan tidak dibiarkan begitu sahaja.

“Ketika pena ini mula menggarap tulisan, semalam 5 Ramadhan 1444H bersamaan dengan 27 Mac 2023, kita dikejutkan dengan peristiwa pembakaran al-Quran untuk kesekian kalinya sebagai bentuk penghinaan. Alangkah biadab dan tidak bertamadunnya mereka. 

“Saya memohon isu ini terus mendapat perhatian umat Islam terutamanya pemimpin, agar agama Islam ditunjangi pedoman al-Quran tidak diperhina dan diperkotak-katikkan.

“Sama ada menghina al-Quran, menghina Rasulullah atau mana-mana hukum Islam dan rukun Islam yang bersifat ma’lum min al-din bi al-darurah (hukum telah pasti diketahui setiap orang Islam) maka hendaklah dicegah, ditentang dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, petikan Surah al-Taubah ayat 65, dijadikan penutup kepada tulisan beliau iaitu Allah SWT berfirman; “Dan jika kamu bertanya kepada mereka tentang ejekan-ejekan itu, tentulah mereka akan menjawab, ‘Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bergurau.’ Katakanlah, ‘Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta rasul-Nya kamu persendakan?’”

Foto: Tangkap layar Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Insiden biadap membakar kitab suci umat Islam itu yang juga merupakan tindakan Islamofobia, bukanlah pertama kali berlaku di Eropah.

Sebelum ini, pelampau sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar senaskah al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm di bawah perlindungan polis dan dengan kebenaran kerajaan Sweden.

Tindakan itu mengakibatkan gelombang kecaman dari seluruh negara Arab dan masyarakat Islam. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Author