Connect with us

Terkini

Apa guna PM Melayu, jika anak bangsa didiskriminasi dalam GLC? – PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membiarkan tindakan menganaktirikan kakitangan Melayu yang didakwa semakin ketara berlaku dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ketika ini.

Hidayah Sani

Published

on

Apa guna PM Melayu, jika anak bangsa didiskriminasi dalam GLC? – PERKASA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membiarkan tindakan menganaktirikan kakitangan Melayu yang didakwa semakin ketara berlaku dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ketika ini.
  • PERKASA kecewa Ahli Lembaga Pengarah Axiata Group Berhad yang didakwa melantik seorang warganegara India sebagai ‘Group Chief Executive Officer (GCEO)’ dan warganegara Sri Lanka sebagai Group Executive Director (GED) yang baharu.
  • Pihaknya yang difahamkan ada tiga atau empat calon Melayu ditemuduga tapi warga India itu tetap dipilih, mempersoalkan keputusan tersebut sama ada individu terbabit benar-benar lebih layak dari warga tempatan.
  • Axiata Group Berhad dilaporkan melantik Vivek Sood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu dan Pengarah Urusannya manakala Hans Wijayasuriya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (ED) dan CEO perniagaan telekomunikasi.
  • Difahamkan, Vivek Sood berasal dari India manakala Hans Wijayasuriya pula adalah warga Sri Lanka.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membiarkan tindakan menganaktirikan kakitangan Melayu yang didakwa semakin ketara berlaku dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ketika ini.

“Apa guna ada Perdana Menteri Melayu jika membiarkan anak bangsa sendiri didiskriminasi secara terang-terangan. 

“Apa yang dipertikaikan ini telah berlaku bermula zaman kerajaan BN sebelum ini yang juga diterajui orang Perdana Menteri Melayu. Jika ini terus berlaku, memang benarlah pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang tidak membantu bangsanya sendiri hanya untuk menunjukkan keadilan kepada kaum lain. 

“Perkasa sangat kecewa dalam hal ini kerana pemimpin-pemimpin Melayu tidak mahu membela bangsanya lagi. Mereka lebih pentingkan ahli keluarga dan kroni-kroni mereka,” kata Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali di Facebook pada Ahad.

Ini berikutan, PERKASA kecewa dengan Ahli Lembaga Pengarah Axiata Group Berhad yang didakwa melantik seorang warganegara dari India sebagai ‘Group Chief Executive Officer (GCEO)’ dan warganegara Sri Lanka sebagai Group Executive Director (GED) yang baharu.

Pihaknya yang difahamkan ada tiga atau empat calon Melayu ditemuduga tapi warga India itu tetap dipilih, mempersoalkan keputusan tersebut sama ada individu terbabit benar-benar lebih layak dari warga tempatan.

Menurutnya, semua sudah sedia maklum anak bangsa Malaysia tidak kurang hebatnya dalam bidang telekomunikasi bahkan bermula dari Jabatan Telekom Malaysia (JTM) ke Syarikat Telekom Malaysia (TM), anak bangsa di sinilah membangunkannya sampai menjadi syarikat telekomunikasi paling gah bukan sahaja di negara ini tapi juga di peringkat Asia.

Pemegang saham terbesar Axiata yang merupakan syarikat telekomunikasi terbesar Asia Tenggara adalah Khazanah Nasional di mana CEO Khazanah Nasional juga adalah Pengerusi Axiata Group Berhad serta berbangsa Melayu.

“Jangan kata tiada Melayu lagi layak untuk jawatan itu. Eloklah Pengerusi Axiata Group Berhad dan CEO Khazanah Nasional ditukar kepada bukan Melayu sebab Melayu tidak layak untuk jawatan-jawatan tersebut. Bagi warganegara Nepal pula.

“Perkasa juga ingin bertanya kepada Pengerusi Axiata Group Berhad ini, apakah benar kakitangan Axiata ramai dari India dan Sri Lanka bergaji lebih besar daripada kakitangan tempatan dan mendapat pelbagai kemudahan termasuk elaun rumah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan dan elaun-elaun lain? Sedangkan kakitangan warganegara ini bergantung kepada gaji bersih mereka untuk sewa bulanan rumah dan kenderaan,” soalnya.

Foto: Tangkap Layar Kenyataan Media PERKASA di Facebook.

Syed Hassan berpandangan kakitangan bukan warganegara tidaklah terlalu hebat jika hendak dibandingkan dengan kakitangan anak bangsa sendiri di mana ada yang jauh lebih bagus menjalankan tugas. 

“Kenapa tidak utamakan anak bangsa terlebih dahulu dari diberi kepada warga asing? Perkasa juga ingin kepastian, benarkah kakitangan Axiata bukan Melayu lebih diutamakan untuk menjawat jawatan lebih tinggi? Benarkah kakitangan Melayu di Axiata dianaktirikan?” soalnya dalam kenyataan itu.

Axiata Group Berhad dilaporkan melantik Vivek Sood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu dan Pengarah Urusannya manakala Hans Wijayasuriya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (ED) dan CEO perniagaan telekomunikasi.

Difahamkan, Vivek Sood berasal dari India manakala Hans Wijayasuriya pula adalah warga Sri Lanka. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Perkasa Malaysia

Author

Terkini

Tunggakan RM14.04 juta, Prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan – LKAN

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.
  • Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.
  • UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Menurut Bernama, daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.

Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.

Menjawab isu hutang tersebut , UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

LKAN dalam laporan tersebut turut menyentuh bilangan pelajar tempatan dan luar negara yang berdaftar di UIAM adalah kurang berbanding penawaran bagi tempoh 2020 hingga Julai 2023.

Ia melibatkan penawaran bagi peringkat pengajian Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, dengan hanya 25,939 pelajar tempatan berdaftar daripada 39,322 tawaran dikeluarkan, manakala bagi pelajar luar negara, 1,701 pelajar berdaftar berbanding 3,808 tempat ditawarkan.

“Prestasi pengambilan pelajar kurang memuaskan. Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus. Justeru, pendapatan daripada yuran pengajian tidak dapat menampung perbelanjaan operasi UIAM,“ menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

UIAM dalam maklum balasnya menyatakan pendaftaran kurang dari penawaran adalah disebabkan calon turut menerima tawaran daripada institusi lain yang menawarkan tajaan biasiswa dalam dan luar negara, manakala peratusan pendaftaran pelajar luar negara yang rendah kerana penularan pandemik COVID.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending