Connect with us

Antarabangsa

Masyarakat global diminta tidak perlekeh isu Islamofobia – Menteri Luar Pakistan

Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto-Zardari menggesa komuniti global tidak memandang rendah kebencian dan ketidakadilan dihadapi orang Islam apabila berhadapan dengan tindakan Islamofobia yang disengajakan seperti membakar al-Quran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ziera Adurah

Published

on

Masyarakat global diminta tidak perlekeh isu Islamofobia – Menteri Luar Pakistan
Foto: Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto-Zardari.
  • Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto-Zardari menggesa masyarakat global tidak memandang rendah kebencian dan ketidakadilan dihadapi orang Islam apabila berdepan dengan tindakan Islamofobia disengajakan.
  • “Terus bekerjasama untuk meneruskan nilai bersama iaitu keterangkuman, toleransi dan persefahaman bersama,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
  • 15 Mac setiap tahun dipilih sebagai hari anti-Islamofobia kerana pada hari itu pada 2019 seorang lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch, New Zealand, dan membunuh 51 orang awam.
  • “Serangan terhadap seorang adalah serangan terhadap kita semua.” – Pelapor Khas PBB mengenai Kebebasan Beragama atau Kepercayaan, Nazila Ghanea.

Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto-Zardari menggesa komuniti global tidak memandang rendah kebencian dan ketidakadilan dihadapi orang Islam apabila berhadapan dengan tindakan Islamofobia yang disengajakan seperti membakar al-Quran.

Bilawal bercakap semasa persidangan kuasa-kuasa tinggi di ibu pejabat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York pada Jumaat lalu untuk membincangkan Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia pada 15 Mac 2023.

Dalam satu pesanan mengecam Islamofobia, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa semua negara untuk “terus bekerjasama untuk meneruskan nilai bersama iaitu keterangkuman, toleransi dan persefahaman bersama”.

Guterres dipetik Dawn turut mengingatkan “kebencian dihadapi umat Islam bukanlah satu isu baharu tetapi kebangkitan semula Etno-nasionalisme”.

15 Mac setiap tahun dipilih sebagai hari anti-Islamofobia kerana pada hari itu pada 2019 seorang lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch, New Zealand dan membunuh 51 orang awam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha berkata 15 Mac merupakan peringatan kepada semua bahawa “kebencian boleh menjadi keganasan yang membawa bencana apabila ia dilakukan atas dasar kepercayaan atau agama”.

Berucap semasa persidangan itu, Pelapor Khas PBB mengenai Kebebasan Beragama atau Kepercayaan, Nazila Ghanea menekankan keperluan untuk bersama-sama memerangi kebencian dengan berkata: “Serangan terhadap seorang adalah serangan terhadap kita semua”.

Bhutto-Zardari yang mempengerusikan persidangan bersama Presiden Persidangan Agung PBB, Csaba Korosi menyatakan bagaimana Islamofobia berlaku kini, bagaimana orang Islam diserang kerana agama mereka dan bagaimana isu itu masih tidak dilaporkan.

“Bahaya Islamofobia sering mendapat perhatian antarabangsa apabila keganasan melanda umat Islam, manakala diskriminasi, kebencian dan kemarahan terhadap Muslim secara senyap setiap hari masih diabaikan dan tidak dilaporkan,” kesalnya.

Bhutto-Zardari mencadangkan langkah praktikal termasuk “pelantikan Duta Khas PBB untuk memerangi Islamofobia, penggunaan langkah antarabangsa untuk perlindungan tempat-tempat ibadat serta penggunaan undang-undang mengharamkan ucapan kebencian”.

Beliau turut mencadangkan bantuan undang-undang dan pampasan sewajarnya diberikan kepada mangsa Islamofobia dan penubuhan mekanisme khusus serta undang-undang kehakiman nasional dan antarabangsa untuk menghukum mereka bertanggungjawab atas perbuatan itu.

Sumber: Dawn

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *