Terkini
Perlu kembalikan acuan agama tepat sebagai penawar isu Islamofobia – ABIM
Masyarakat Islam perlu mengembalikan acuan agama dalam konteks tepat sekali gus meluaskan mesej berkongsi memberi manfaat sesama manusia.
- “Kita harus kembalikan acuan Islam dalam konteks betul bahawa Islam sebuah agama beri manfaat kepada masyarakat. Yang kedua, bila kita sebut tentang agenda agama, masyarakat untuk martabatkan Islam, bangsa itu, objektifnya berteraskan beri manfaat kepada semua. – Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz
- “Bila mana kita sebut tentang perjuangan untuk mendaulatkan Islam, Syariah, perjuangan mendaulatkan perjuangan Islam dan kedudukan Islam itu harus ada objektif iaitu sampaikan kebaikan kepada masyarakat,”
- “Wujud sekelompok dalam masyarakat yang cuba mainkan isu agama bangsa untuk memecah belah masyarakat malah tanamkan lagi bibit kebencian masyarakat bukan Islam terhadap Islam,” katanya.
KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam perlu mengembalikan acuan agama dalam konteks tepat sekali gus meluaskan mesej berkongsi memberi manfaat sesama manusia.
Demikian kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz yang memaklumkan ia adalah ‘penawar’ drastik yang perlu diambil bagi meleraikan isu Islamofobia di negara ini.
“Kita harus kembalikan acuan Islam dalam konteks yang betul bahawa Islam sebuah agama yang memberi manfaat kepada masyarakat. Yang kedua, bila mana kita menyebut tentang agenda agama, agenda masyarakat untuk memartabatkan Islam, bangsa itu, objektifnya harus berteraskan memberi manfaat kepada semua.
“Bila mana kita sebut tentang perjuangan untuk mendaulatkan Islam, mendaulatkan Syariah, perjuangan mendaulatkan perjuangan Islam dan kedudukan Islam itu harus ada objektif iaitu menyampaikan kebaikan kepada masyarakat,” kata Faisal dalam program 100 hari Kerajaan Perpaduan, semalam (28 Februari).
Faisal juga memaklumkan wujud sekelompok dalam masyarakat yang cuba memainkan isu agama bangsa untuk memecah belah masyarakat malah menanamkan lagi bibit kebencian masyarakat bukan Islam terhadap Islam.
Sehubungan itu, masyarakat di negara ini perlu menitikberatkan norma dan nilai positif bagi memberi manfaat sama ada kepada masyarakat Islam atau bukan Islam dalam usaha menjernihkan salah tanggap mengenai Islam.
“Menjadi tanggungjawab semua pihak menghargai kemanusiaan, menghormati hak dan kepercayaan setiap individu serta menolak kebencian antara agama,” akhirnya.
Sumber: Astro Awani