Connect with us

Antarabangsa

Sami pelampau Hindutva seru orang Islam, Kristian dibunuh

Beberapa kumpulan pelampau Hindutva menyeru pembunuhan orang Islam dan Kristian dalam satu acara Ahad di Delhi’s Jantar Mantar di mana mereka mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti komuniti minoriti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua agama Hindu, Pradeep Khatkar.
  • Beberapa kumpulan pelampau Hindutva menyeru pembunuhan orang Islam dan Kristian dalam satu acara Ahad di Delhi’s Jantar Mantar.
  • Seorang sami dilihat memanggil orang Hindu untuk menyediakan senjata bagi tujuan membunuh Muslim dan Kristian, manakala dalam video lain, ketua Parti Bharatiya Janaya, Suraj Pal Amu, menggalakkan kekerasan dilakukan terhadap mereka yang memberhentikan ketua pengarang TV, Suresh Chavhanke.
  • British berkata pecah dan perintah, Kongres berkata pecah dan perintah, begitu juga Kristian, Muslim berkata bunuh dan perintah… Bila pula anda [orang Hindu] akan membunuh? Selepas kamu mati? Bila kamu akan bunuh mereka? Bila kamu akan bunuh orang Islam dan Kristia? – Ketua agama Bageshwar Dham, Dhirendra Krishnan Shastri.
  • “Simpan shastra [senjata] dalam satu tangan dan shaastra [skriptur keagamaan] dalam tangan yang lain,” tambahnya. “Sesiapa yang menyerang komuniti kami, skriptur kami, ibu dan kakak kami, sabitkan mereka dengan hasutan dan tembak mereka di sempadan… bunuh mereka,” katanya.

Beberapa kumpulan pelampau Hindutva menyeru pembunuhan orang Islam dan Kristian dalam satu acara Ahad di Delhi’s Jantar Mantar di mana mereka mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti komuniti minoriti.

Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang sami dilihat memanggil orang Hindu untuk menyediakan senjata bagi tujuan membunuh Muslim dan Kristian, manakala dalam video lain, ketua Parti Bharatiya Janaya, Suraj Pal Amu, menggalakkan kekejaman dilakukan terhadap mereka yang memberhentikan ketua pengarang TV, Suresh Chavhanke.

Ketua agama Bageshwar Dham, Dhirendra Krishnan Shastri berkata: “British berkata pecah dan perintah, Kongres berkata pecah dan perintah, begitu juga Kristian, Muslim berkata bunuh dan perintah… Bila pula anda [orang Hindu] akan membunuh? Selepas kamu mati? Bila kamu akan bunuh mereka? Bila kamu akan bunuh orang Islam dan Kristian?” 

“Simpan shastra [senjata] dalam satu tangan dan shaastra [skriptur keagamaan] dalam tangan yang lain,” katanya. 

“Sesiapa yang menyerang komuniti kami, skriptur kami, ibu dan kakak kami, sabitkan mereka dengan hasutan dan tembak mereka di sempadan… bunuh mereka.”

Shastri juga didakwa menyampaikan kebencian melalui video di laman YouTube miliknya. 

Sumber: Scroll.in 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *