Connect with us

Terkini

Tipu pakej haji : lima individu ditahan

Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari bermula semalam hingga Selasa bagi membantu siasatan kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tipu pakej haji Datuk Arjunaidi
Foto: Datuk Arjunaidi Mohamed
  • Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman tiga hari, bantu siasatan kes penipuan pakej haji melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
  • Khamis lalu, 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA jadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta yang dipercayai menggunakan visa furada.

KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari bermula semalam hingga Selasa bagi membantu siasatan kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua suspek yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, kira-kira jam 9 malam, Jumaat lepas oleh polis Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kesemua suspek diserahkan kepada pihaknya semalam kerana kes itu dilaporkan berlaku di Selangor.

“Kesemua suspek yang ditahan termasuk pemilik agensi pelancongan itu dan juga isterinya direman hingga 12 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah menerusi kenyataan berkata, pihaknya menahan lima individu berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji terhadap dua agensi pelancongan swasta melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta.

Katanya, selain pasangan suami isteri pemilik syarikat berkenaan, mereka yang ditahan dipercayai pekerja dan ejen syarikat pelancongan berkenaan.

Khamis lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH). – Bernama/ Sinar Harian

 

Author