Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata kerajaan persekutuan perlu terus mengadakan perbincangan dengan negeri-negeri berhubung perkahwinan kanak-kanak.
Kabinet bersetuju secara prinsip untuk menubuhkan sebuah jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak bagi menjaga kebajikan serta kepentingan golongan itu.