Connect with us

Terkini

(VIDEO) Netizen Malaysia tolak hasrat restoran sensasi Bangkok ‘Thai Hot Guys’ kembangkan perniagaan di KL

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dee Wow.

KUALA LUMPUR — Majoriti netizen Malaysia meluahkan kebimbangan dan mengkritik hasrat sebuah restoran sensasi dari Bangkok, ‘Thai Hot Guys’ yang terkenal dengan pelayan lelaki berbadan sasa dan berpakaian seksi untuk mengembangkan perniagaannya di sini.

Difahamkan, restoran tersebut dikenali kerana menampilkan pelayan lelaki berbadan sasa yang berpakaian wanita dalam busana seksi, selain melakukan aksi-aksi mengghairahkan termasuk pelbagai tarian.

Kritikan keras netizen dapat dilihat menerusi hantaran terbaharu Instagram @kl.foodie yang berkongsi kenyataan pemilik restoran, Dee Wow, di Facebook.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa selepas 9 tahun beroperasi, cawangan restoran tersebut di Bangkok akan ditutup sementara selepas 31 Julai disebabkan tamat tempoh sewaan premis.

“Operasi di Bangkok akan dihentikan sementara sementara kami mencari lokasi yang sesuai.

“Tapi berita baiknya, kami sedang mencari lokasi di Kuala Lumpur, Malaysia! Kami akan meluaskan perniagaan Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama kami! 📍‼️ Adakah anda sudah bersedia? 🫣,” tulis hantaran Facebook itu dalam bahasa Inggeris.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dee Wow.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen dilihat menolak keras rancangan perniagaan tersebut kerana dikhuatiri akan membawa pengaruh buruk dan budaya luar yang tidak sesuai dengan norma masyarakat negara ini.

Foto: Tangkap layar komen netizen.

Ramai di antara mereka menegaskan apa yang berlaku atau dibenarkan di Thailand supaya dikekalkan di negara itu sahaja dan tidak dibawa masuk ke negara ini, selain ia dikhuatiri akan menjadi tempat buat kelompok ‘pelangi’ atau LGBTQ+.

Foto: Tangkap layar komen netizen.

Malah, seorang netizen berasal dari Australia turut memberi amaran sama, menegaskan agar ‘aktiviti’ restoran itu tidak dibawa ke negara ini kerana ia dianggap menjijikkan dan tidak sesuai serta disamakan dengan ‘sampah’.

“Please dont normalise this. Janganlah bawa budaya ni masuk. Open minded tu open minded gak, tapi yang ni terang salah boleh kot banteras awal,” komen nurfarahnazirah.

“Don’t spoil our culture please… Thailand is thailand…. Malaysia is Malaysia,” komen netizen @ashwinprasad_ash.

Foto: Tangkap layar komen netizen.

“Rosak. Jangan bawak budaya luar dekat sini,” komen @j_namia.

“Kalau rasa nak kene sebat… mai laaa… ramai tunggu ni,” kata mohdfahmiemarzuki.

Foto: Tangkap layar komen netizen.

Dalam masa sama, netizen menggesa supaya pihak berkuasa, termasuk PDRM, JAWI dan DBKL mengambil perhatian berhubung perkembangan itu dan segera mengambil tindakan jika didapati restoran tersebut beroperasi di negara ini. — The Merdeka Times

Author