Connect with us

Terkini

Pelajar Bangladesh maut kebuluran di Jepun akibat masalah kewangan

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pelajar warga Bangladesh, Mohammad Afriji Apon, 26 tahun
  • Mohammad Afriji gagal membayar yuran pengajian menyebabkan dia hilang akses kepada kemudahan asas seperti elektrik, air dan juga talian telefon.
  • Dia tinggal bersendirian di sebuah apartmen kecil dan dipercayai mengalami kemurungan teruk serta kekurangan zat makanan secara beransur-ansur tanpa sesiapa yang menyedari keadaannya.

TOKYO – Satu insiden tragis berlaku di Jepun apabila seorang pelajar warga Bangladesh, Mohammad Afriji Apon, 26 tahun, ditemui mati akibat kebuluran dan terasing dalam apartmen sewanya.

Mohammad Afriji datang ke Jepun dengan harapan tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan automotif.

Namun, impiannya berubah menjadi mimpi ngeri apabila kegagalan membayar yuran pengajian menyebabkan beliau hilang akses kepada kemudahan asas seperti elektrik, air dan juga talian telefon.

Menurut Headlines yang memetik laporan Daily Inqilab, pelajar berkenaan tinggal bersendirian di sebuah apartmen kecil, dan dipercayai mengalami kemurungan teruk serta kekurangan zat makanan secara beransur-ansur tanpa sesiapa yang menyedari keadaannya.

Menurut jiran tetangga, mereka tidak melihat kelibat Mohammad Afriji selama lebih 15 hari.

Ada yang meninggalkan makanan di luar pintu, namun pelajar itu terlalu lemah untuk membukanya.

Pihak polis akhirnya menemui mayatnya selepas menerima laporan daripada jiran.

Pemergiannya menandakan pengakhiran yang menyayat hati kepada seorang anak muda yang datang dari jauh demi mengejar ilmu dan masa depan yang lebih baik.

Insiden ini mencetuskan kebimbangan terhadap kebajikan pelajar antarabangsa di Jepun, terutamanya mereka yang berhadapan dengan tekanan kewangan.

Ia turut menyerlahkan kekurangan sistem sokongan sosial bagi warga asing yang berada dalam kesusahan.

Pihak kedutaan Bangladesh telah dimaklumkan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beberapa pemimpin komuniti dan aktivis menyeru agar sistem bantuan kecemasan dan sokongan moral diperkuatkan bagi mengelakkan tragedi sebegini berulang di masa akan datang. – The Merdeka Times

Author