Connect with us

Terkini

Isu HIV: Pemberian ubat PrEP kepada remaja perlu diperhalusi – Pegawai Perubatan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Dr Norsyarifah Hashim berpandangan dari segi perubatan, remaja golongan tidak berdisiplin dalam mematuhi jadual pengambilan ubat.
  • Ketidakpatuhan itu boleh meningkatkan risiko jangkitan penembusan HIV.
  • Dari segi hukum, Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah haramkan pemberian PrEP untuk tujuan maksiat seperti homoseksual.
  • “Mencegah lebih baik dari mengubati,” katanya.
  • Untuk menangani isu jangkitan HIV pelajar IPT perlukan pendekatan menyeluruh yang bersesuaian norma masyarakat dan menepati syarak.

 

KUALA LUMPUR — Pemberian ubat Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) untuk mencegah jangkitan HIV melalui hubungan seksual dalam kalangan remaja perlu diperhalusi dan dibincangkan secara menyeluruh oleh semua pihak terlibat.

Gesaan itu disuarakan Pegawai Perubatan Sarjana Perubatan Dalaman Universiti Malaya (UM), Dr Norsyarifah Hashim yang berpandangan bahawa dari segi perubatan, remaja merupakan golongan yang tidak akan berdisiplin dalam mematuhi jadual pengambilan ubat.

Menurut beliau, ketidakpatuhan itu boleh meningkatkan risiko jangkitan penembusan HIV, walaupun ubat PrEP diambil.

“Dari segi hukum, Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam dalam persidangan ke 122 Oktober 2023 telah mengharamkan pemberian PrEP untuk tujuan maksiat seperti homoseksual,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Menerusi hantaran itu, Dr Norsyarifah turut menegaskan bahawa tindakan pencegahan adalah pendekatan lebih baik dalam menangani isu jangkitan HIV, khususnya dalam kalangan golongan muda.

“Lindungi dan sayangilah anak bangsa kita. Mencegah lebih baik dari mengubati,” katanya.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dr Norsyarifah Hashim.

Mengulas lanjut, Dr Norsyarifah berkata menurut National Institute of Health (NIH) keterlibatan anak-anak dengan hubungan seksual seawal umur 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV melalui hubungan seksual tanpa perlindungan, bertukar-tukar pasangan seks, penggunaan dadah serta ketidakstabilan emosi yang boleh membawa kepada penyakit mental seperti kemurungan dan bunuh diri.

Jelasnya, antara punca utama remaja terjebak aktiviti seksual berisiko termasuklah pengaruh media sosial, akses mudah kepada laman pornografi serta aplikasi janji temu (dating apps) yang membuka ruang kepada aktiviti ‘sexual grooming’ dalam kalangan remaja tanpa disedari.

Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga menjadi penyumbang utama di mana anak-anak yang terabai akan lebih cenderung melibatkan diri dengan aktiviti berisiko tinggi seperti terlibat gejala dadah dan seks bebas.

“Oleh itu, untuk menangani masalah jangkitan HIV di kalangan pelajar IPT ini kita memerlukan pendekatan yang menyeluruh seperti mana NIH menyarankan pendekatan yang socially atau religiously acceptable (pendekatan bersesuaian norma masyarakat dan menepati syarak).

“Pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan sekatan ke atas laman-pornografi dan dating apps.

“Anak-anak perlu diberi pendedahan tentang kesihatan seksual secara biologik dan tabii, terdapat banyak NGO yang menjalankan usaha ini seperti program ReproAlert yang dijalankan oleh NGO I-Medik,” katanya.

Tambah beliau, saringan HIV bagi kemasukan ke IPT juga wajar dilaksanakan sebagai langkah pengesanan awal agar rawatan antiretroviral dapat dimulakan segera.

Rawatan itu perlu disertakan dengan sesi kaunseling bagi membantu pesakit meninggalkan aktiviti tidak bermoral, melalui kerjasama pihak terlibat seperti doktor yang merawat dan ibu bapa. 

Beliau mengakhiri kenyataan itu dengan menekankan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati bagi menangani isu jangkitan HIV dalam kalangan remaja dan pelajar IPT.— The Merdeka Times

Author