Connect with us

Terkini

Hamas tuntut jaminan tamat perang, ketika serangan Israel terus ragut nyawa di Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Logo Hamas
  • Tuntutan dibuat ketika pasukan perubatan melaporkan puluhan lagi rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel di seluruh wilayah itu.
  • Hamas kini sedang berbincang mengenai cadangan gencatan senjata itu bersama beberapa lagi kumpulan Palestin, dan akan mengemukakan maklum balas kepada pihak perantara sebaik perbincangan selesai.
  • Pihak berkuasa Israel pula dikatakan menyatakan peluang tinggi untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
  • Namun, tiada jaminan setakat ini berikutan Israel yang terkenal dengan sikap tidak menepati janji.

GAZA – Hamas kini menuntut jaminan supaya cadangan gencatan senjata terbaru yang disokong Amerika Syarikat (AS) di Gaza akan membawa kepada pengakhiran perang, menurut sumber yang rapat dengan kumpulan itu pada hari Khamis.

Tuntutan berkenaan dibuat ketika pasukan perubatan melaporkan puluhan lagi rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel di seluruh wilayah tersebut.

Dalam satu kenyataan awal pagi Jumaat, Hamas memaklumkan mereka sedang berbincang mengenai cadangan gencatan senjata itu bersama beberapa lagi kumpulan Palestin, dan akan mengemukakan maklum balas mereka kepada pihak perantara sebaik sahaja perbincangan tersebut selesai.

Pihak berkuasa Israel pula menyatakan peluang tinggi untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan selepas hampir 21 bulan perang antara Israel dan Hamas bermula.

Namun, tiada jaminan setakat ini berikutan Israel yang terkenal dengan sikap tidak menepati janji.

Usaha ke arah gencatan senjata di Gaza semakin meningkat selepas AS berjaya mengusahakan gencatan senjata bagi menamatkan konflik udara selama 12 hari antara Israel dan Iran.

Bagaimanapun, serangan udara Israel di Gaza terus berlanjutan tanpa henti, menyebabkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh pada hari Khamis, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah itu.

Pada hari Selasa, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa Israel telah menerima syarat-syarat untuk memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari dengan Hamas, di mana sepanjang tempoh tersebut kedua-dua pihak akan berusaha ke arah menamatkan peperangan.

Hamas pula mahukan jaminan yang jelas bahawa gencatan senjata itu benar-benar akan membawa kepada pengakhiran perang, menurut sumber yang dekat dengan kumpulan itu.

Dua pegawai Israel menyatakan bahawa butiran tersebut masih sedang dirundingkan. – The Merdeka Times

Author