Connect with us

Antarabangsa

“Guna kekerasan jika perlu!” – Mahmoud Abbas desak pejuang Palestin, termasuk Fatah lucut senjata

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas
  • Menurut pendedahan sumber yang dipetik Middle East Eye, jika kumpulan-kumpulan itu enggan, satu operasi ketenteraan dilaporkan akan disasarkan terhadap pihak yang ingkar.
  • Sumber turut mendedahkan bahawa keputusan Mahmoud untuk melucutkan senjata Fatah dan kumpulan-kumpulan lain adalah hasil permintaan Arab Saudi yang disampaikan melalui Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud.
  • Mahmoud juga akan secara terbuka menyeru kumpulan-kumpulan Palestin lain yang menentang penjajahan Israel supaya melucutkan senjata—langkah yang mungkin disambut baik di Tel Aviv tetapi berpotensi mencetuskan pergolakan serius dalam masyarakat Palestin.

BEIRUT – “Guna kekerasan jika perlu” – Tidak pasti motif sebenar Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, beliau hari ini dilaporkan akan mendesak pelucutan senjata kumpulan pejuang Palestin, di Lubnan, termasuk partinya sendiri, Fatah.

Menurut pendedahan sumber yang dipetik Middle East Eye, jika kumpulan-kumpulan itu enggan, satu operasi ketenteraan dilaporkan akan disasarkan terhadap pihak yang ingkar.

Mahmoud juga dijangka akan menyediakan perlindungan politik untuk operasi sedemikian di bawah panji-panji kepimpinan Palestin.

Sumber turut mendedahkan bahawa keputusan Mahmoud untuk melucutkan senjata Fatah dan kumpulan-kumpulan lain adalah hasil permintaan Arab Saudi yang disampaikan melalui Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud.

Bagi tujuan itu, Mahmoud bakal terbang ke Lubnan pada 19 Mei  untuk bertemu Presiden Lubnan dan pegawai-pegawai tertinggi lain, sebagai sebahagian usaha serantau yang diselaraskan untuk membentuk semula negara itu.

Semasa lawatan itu, Mahmoud akan mengumumkan pelucutan senjata pergerakan Fatah yang diketuainya serta kumpulan-kumpulan Palestin lain yang beroperasi di kem pelarian di Beirut dan seluruh Lubnan.

Menurut sumber, Mahmoud telah pun bersetuju dengan rancangan untuk mengeluarkan senjata milik Fatah dari kem-kem tersebut.

Beliau juga akan secara terbuka menyeru kumpulan-kumpulan Palestin lain yang menentang penjajahan Israel supaya melucutkan senjata—langkah yang mungkin disambut baik di Tel Aviv tetapi berpotensi mencetuskan pergolakan serius dalam masyarakat Palestin.

Seorang sumber Palestin memberitahu MEE bahawa Mahmoud berhasrat menubuhkan sebuah jawatankuasa keselamatan yang ditugaskan untuk memantau proses pelucutan senjata dan menetapkan jadual waktu yang jelas bagi penyerahan senjata.

Sekiranya kumpulan-kumpulan tersebut gagal mematuhi arahan negara Lubnan dan keputusan Mahmoud, mereka juga akan kehilangan semua sokongan politik dan organisasi.

Ia sekaligus membuka jalan kepada tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Lubnan untuk melucutkan senjata kumpulan-kumpulan yang berpangkalan di kem pelarian Palestin di negara itu. – The Merdeka Times

Author