Connect with us

Antarabangsa

Putera Harry, Meghan putuskan hubungan dengan organisasi Muslim Pro-Palestin

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pengasas Yayasan Archewell, Harry and Meghan
  • Ironinya, Harry and Meghan selama ini menuduh keluarga diraja Britain bersikap perkauman terhadap Megan, tetapi mereka sendiri tidak mendokong keadilan terhadap Palestin.
  • Yayasan Archewell, yang diasaskan pasangan diraja pada tahun 2020, telah memberikan dua geran berjumlah kira-kira AS$55,700 kepada Milwaukee Muslim Women’s Coalition (MMWC) sejak 2023.
  • Keputusan untuk memutuskan hubungan itu dibuat selepas NewsNation mengeluarkan artikel mengenai sumbangan Yayasan Archewell kepada MMWC dan mengaitkannya dengan kenyataan pro-Palestin pengasas MMWC yang berdarah Palestin-Amerika, Janan Najeeb.
  • Yayasan Archewell diberitahu bahawa Janan telah menggelar Israel sebagai “negara aparteid” – satu gelaran yang turut diberikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada  2024 dan beberapa organisasi hak asasi manusia utama termasuk Amnesty International.

BEVERLY HILLS – Badan amal milik Putera Harry dan Meghan Markle memutuskan hubungan dengan sebuah organisasi Muslim yang berpangkalan di Amerika Syarikat selepas mengetahui kewujudan kenyataan pro-Palestin yang dibuat pengasas organisasi itu dalam sebuah blog tahun lalu.

Ironinya, Harry and Meghan selama ini menuduh keluarga diraja Britain bersikap perkauman terhadap Megan, tetapi mereka sendiri tidak mendokong keadilan terhadap Palestin.

Yayasan Archewell, yang diasaskan pasangan diraja pada tahun 2020, telah memberikan dua geran berjumlah kira-kira AS$55,700) kepada Milwaukee Muslim Women’s Coalition (MMWC) sejak 2023.

Yayasan tersebut mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sumbangan kepada organisasi itu pada hujung minggu lalu selepas dimaklumkan mengenai kenyataan tersebut.

Menurut laporan Middle East Eye, keputusan itu dibuat selepas portal NewsNation mengeluarkan artikel mengenai sumbangan Yayasan Archewell kepada MMWC dan mengaitkannya dengan kenyataan pro-Palestin pengasas MMWC yang berdarah Palestin-Amerika, Janan Najeeb.

NewsNation memberitahu bahawa Janan telah menggelar Israel sebagai “negara aparteid” – satu gelaran yang turut diberikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada  2024 dan beberapa organisasi hak asasi manusia utama termasuk Amnesty International.

NewsNation juga mendedahkan bahawa Janan turut menyeru supaya Israel dikenakan sekatan senjata dan beliau juga menyokong “pembebasan Palestin”. Beliau juga mengulangi slogan “From the river to the sea, Palestine will be free”.

“Penjajahan Israel selama 75 tahun terhadap Palestin dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza adalah satu ketidakadilan yang amat besar,” tulis Janan dalam satu catatan blog tahun lalu.

Dalam satu surat kepada Janan, Yayasan Archewell menulis: “Janan, kami baru sahaja dimaklumkan mengenai satu catatan blog yang anda tulis yang bertentangan dengan nilai-nilai yayasan ini.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *