Connect with us

Antarabangsa

Puluhan ribu banduan di AS peluk Islam semasa dipenjara

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pengarah Yayasan Tayba, Rami Nsour
  • “Ramai yang memeluk Islam ketika di penjara kerana terdapat banyak sekatan di penjara, namun mereka menemui kebebasan jiwa dalam Islam.” – Rami Nsour, Pengarah Yayasan Tayba.
  • Ramai yang tertarik kepada Islam kerana melihat bagaimana banduan Muslim membawa diri mereka.
  • “Ketika masuk ke penjara, saya kehilangan sifat kemanusiaan, tetapi selepas memeluk Islam dalam penjara, saya menemui semula sifat kemanusiaan saya. – Muhammad Amin Anderson, bekas banduan (Saudara baru).

AMERIKA SYARIKAT — Islam adalah agama yang paling pesat berkembang di penjara Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Yayasan Tayba, Rami Nsour, organisasinya telah membantu lebih daripada 13,000 individu, 90 peratus daripada mereka memeluk Islam, kebanyakannya ketika berada di dalam penjara.

Yayasan Tayba merupakan organisasi pertama di AS yang menawarkan program pembelajaran jarak jauh dalam pendidikan Islam kepada banduan.

Menurut Rami lagi, beliau percaya bahawa ramai yang memeluk Islam ketika di penjara kerana terdapat banyak sekatan di penjara, namun mereka menemui kebebasan jiwa dalam Islam.

“Islam mengajar umatnya mengabdikan diri kepada Tuhan dan perlu melaksanakan ibadah tertentu, seperti solat 5 waktu sehari.

“Jadi, mereka melihat bahawa dinding penjara itu tidak lagi dapat mengurung mereka,” katanya.

Seorang bekas banduan, Muhammad Amin Anderson berkata dia tertarik kepada Islam atas pelbagai sebab, termasuk kebebasan rohani yang diperolehnya.

Muhammad Amin memeluk Islam kira-kira dua tahun selepas menjalani hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan membunuh berkaitan kumpulan gengster.

“Ketika masuk ke penjara, saya kehilangan sifat kemanusiaan, tetapi selepas memeluk Islam dalam penjara, saya menemui semula sifat kemanusiaan saya.

“Saya menghabiskan bertahun-tahun di penjara mempelajari agama lain, tetapi Islam adalah satu-satunya yang masuk akal bagi saya,” katanya.

Muhammad Amin kemudian berhubung dengan Yayasan Tayba dan Rami, yang mula mengajarnya di dalam penjara melalui telefon.

Rami berkata masih terdapat banyak salah faham mengenai sebab banduan memeluk Islam di dalam penjara.

Sesetengah pihak beranggapan bahawa banduan menjadi radikal melalui agama ini, tetapi Rami menegaskan bahawa anggapan itu tidak benar.

Menurut Jabatan Penjara Kebangsaan AS, keganasan akibat fahaman radikal di penjara oleh orang Islam di AS adalah kejadian yang sangat jarang berlaku, dan hampir tidak ada bukti bahawa ia sedang berlaku.

Malah, Rami menjelaskan ramai yang tertarik kepada Islam kerana melihat bagaimana banduan Muslim membawa diri mereka.

“Mereka akan perasan individu itu berbeza. Dia tidak terjerumus ke dalam tabiat negatif seperti banduan lain.

“Jadi, bila mereka bertanya Muhammad Amin, dia akan jawab, ‘ini kerana Islam saya, dan Islam mengajar saya tentang akhlak saya,’” katanya. – The Merdeka Times

Author