Connect with us

Antarabangsa

PM UK dikritik pinggir Kristian hanya kerana nyata sokongan pada Muslim di Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Bekas calon parti politik, Reform United Kingdom, Mayuran Senthilnathan (kiri) & Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer (kanan)
  • Bekas calon parti politik, Reform United Kingdom, Mayuran Senthilnathan, mengkritik Perdana Menteri UK, Keir Starmer, kerana mendakwa Starmer meminggirkan agama Kristian untuk dilihat memperjuangkan Islam.
  • “Keir Starmer, Perdana Menteri kita berucap di hadapan satu jemaah Muslim dengan mengatakan bahawa waktu Ramadan ini amat sukar kerana apa yang berlaku di Gaza, tetapi pada masa yang sama, tidak menyebut apa-apa tentang Kristian atau pembunuhan umat Kristian di seluruh dunia.” – Mayuran Senthilnathan.

LONDON – Ucapan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer yang dilihat sebagai sokongan terhadap Gaza dan Islam mendatangkan rasa kurang senang kepada segelintir pihak di negara itu.

Terbaru, bekas calon parti politik, Reform United Kingdom, Mayuran Senthilnathan, mengkritik Perdana Menteri UK, Keir Starmer, kerana mendakwa Starmer meminggirkan agama Kristian untuk dilihat memperjuangkan Islam.

“Keir Starmer, Perdana Menteri kita berucap di hadapan satu jemaah Muslim dengan mengatakan bahawa waktu Ramadan ini amat sukar kerana apa yang berlaku di Gaza, tetapi pada masa yang sama, tidak menyebut apa-apa tentang Kristian atau pembunuhan umat Kristian di seluruh dunia,” katanya kepada Sky News Australia.

Senthilnathan turut  mendakwa kenyataan Starmer itu tidak patut dan seolah-olah berat sebelah.

“Terdapat pilih kasih dalam sistem agama di negara ini, dan agak menyedihkan melihat Kristian dan Gereja England sebenarnya dipinggirkan dan disembunyikan semata-mata untuk mempromosikan Islam,” jelasnya. – The Merdeka Times

Author