Connect with us

Terkini

PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan – Dzulkefly

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan awal membuat panggilan kecemasan itu penting dalam menyelamatkan nyawa.
  • “Walaupun unit kecemasan tetap belum boleh diwujudkan di 1,292 tapak bazar di seluruh negara, paparan nombor kecemasan itu amat penting dalam menangani sebarang isu kecemasan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke bazar Ramadan Presint 3 di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA — Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran memaparkan nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku sebarang insiden.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan awal membuat panggilan kecemasan itu penting dalam menyelamatkan nyawa.

“Walaupun unit kecemasan tetap belum boleh diwujudkan di 1,292 tapak bazar di seluruh negara, paparan nombor kecemasan itu amat penting dalam menangani sebarang isu kecemasan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke bazar Ramadan Presint 3 di sini semalam.

Dzulkefly berkata demikian sebagai mengulas kejadian seorang lelaki warga emas rebah dan meninggal dunia pada hari pertama Ramadan di bazar Taman Seri Harapan, Baling, Kedah pada Ahad.

Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Selain itu, Dzulkefly menasihati masyarakat yang mengunjungi bazar Ramadan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga susulan cuaca panas khususnya bagi warga emas dan kanak-kanak. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *