Connect with us

Politik

Maszlee kritik Ahli Parlimen DAP masuk campur isu kurikulum pendidikan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (kiri) & Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong
  • “Apabila orang politik yang tiada latar belakang pedagogi dan pendidikan masuk campur isu kurikulum, ia akan semakin merancukan dan merosakkan keadaan.”
  • Itu antara penegasan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang difahamkan mengkritik cadangan Ahli Parlimen DAP, Khoo Poay Tiong supaya buku teks sejarah sekolah rendah memasukkan sejarah semua kaum di Malaysia bagi menyemai perpaduan rakyat di usia muda.
  • Penggubalan kurikulum adalah melibatkan pakar yang bukan sahaja dalam bidang tersebut, tetapi juga dari bidang pendidikan, pedagogi, perpaduan, sosial dan lain-lain
  • DAP diingatkan jika mereka berterusan membawa sebarang isu pendidikan dari sudut pandang perkauman, ia tidak akan membantu Kerajaan Perpaduan.

KUALA LUMPUR — “Apabila orang politik yang tiada latar belakang pedagogi dan pendidikan masuk campur isu kurikulum, ia akan semakin merancukan dan merosakkan keadaan.”

Itu antara penegasan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang difahamkan mengkritik cadangan Ahli Parlimen DAP, Khoo Poay Tiong supaya buku teks sejarah sekolah rendah memasukkan sejarah semua kaum di Malaysia bagi menyemai perpaduan rakyat di usia muda.

Menurut Maszlee, penggubalan kurikulum adalah melibatkan pakar yang bukan sahaja dalam bidang tersebut, tetapi juga dari bidang pendidikan, pedagogi, perpaduan, sosial dan lain-lain.

Beliau juga mengingatkan bahawa sekiranya DAP berterusan membawa sebarang isu pendidikan dari sudut pandang perkauman, ia tidak akan membantu Kerajaan Perpaduan.

Foto: Poster dimuat naik Dr Maszlee Malik di hantaran Facebook-nya.

“Timbalan Menteri Pendidikan adalah dari DAP, apakah dia tiada dalam WhatsApp group MP DAP kah untuk Kota Melaka bertanyakan soalan?

“Harap orang politik jangan mempolitikkan isu kurikulum dan pendidikan negara dengan naratif perkauman.

“Ia akan mengundang pendulum effect dari pihak lawan. Ia juga akan beri bola tanggung kepada golongan yang sentiasa bermain dengan 3R untuk laba politik mereka,” kata Maszlee menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat lalu.

Pada 24 Februari lalu, Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka dilaporkan mencadangkan supaya buku teks sejarah sekolah rendah memasukkan sejarah semua kaum di Malaysia yang dilihat akan membantu perpaduan rakyat dari usia muda.

Sebagai contoh, katanya tahun lalu kita menyambut ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia dan China di mana hubungan itu sebenarnya bermula apabila Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka, namun semakan beliau mendapati buku teks sejarah sekolah rendah tidak menyentuh perkara itu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagaimanapun dilaporkan menjelaskan sukatan pelajaran sekolah ditentukan jawatankuasa khas yang dianggotai pakar dan guru. Jawatankuasa itu mesti memutuskan acara bersejarah yang sesuai untuk tahap pendidikan pelajar.

“Saya ambil maklum tentang pandangan Kota Melaka itu tetapi saya ingin tegaskan bahawa semua cadangan tentang apakah peristiwa-peristiwa sejarah itu ditetapkan oleh jawatan kuasa ini,” katanya. — The Merdeka Times

Author