Connect with us

Antarabangsa

Gencatan senjata tamat, Israel bom Gaza, 300 terbunuh

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Kerajaan Hamas menyifatkan Israel telah melakukan serangan “khianat” terhadap orang awam yang terkepung dan tidak bersenjata, bagi menggagalkan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
  • Kumpulan pejuang Jihad Islam pula menyelar  Israel yang “sengaja mensabotaj” gencatan senjata yang telah berkuat kuasa sejak 19 Januari.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata beliau mengarahkan serangan tersebut kerana tiada kemajuan dalam rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata.

GAZA — Lebih 300 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel di seluruh Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan yang dilaporkan Aljazeera.

Kerajaan Hamas menyifatkan  serangan itu sebagai serangan “khianat” Israel terhadap orang awam yang terkepung dan tidak bersenjata, bagi menggagalkan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Kumpulan pejuang Jihad Islam pula menyelar  Israel yang “sengaja mensabotaj” gencatan senjata yang telah berkuat kuasa sejak 19 Januari.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata beliau mengarahkan serangan tersebut kerana tiada kemajuan dalam rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata.

Anggota biro politik Hamas, Izzat al-Risheq, berkata Israel mengorbankan nyawa tawanan mereka yang masih berada di Palestin.

“Keputusan Netanyahu untuk kembali berperang adalah keputusan untuk mengorbankan tahanan penjajah dan merupakan hukuman mati terhadap mereka,” kata Izzat dalam satu kenyataan yang dikongsi CNN.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sehingga kini sekurang-kurangnya 48,577 rakyat Palestin disahkan terbunuh dan 112,041 cedera dalam perang Israel ke atas Gaza.

Pejabat Media Kerajaan Gaza mengemas kini angka korban kepada lebih 61,700, dengan ribuan rakyat Palestin yang hilang di bawah runtuhan dipercayai telah meninggal dunia. — The Merdeka Times

Author