Connect with us

Terkini

Didakwa bertemakan jenayah liwat sesama lelaki, Peguam desak novel “The South” dilapor ke KDN

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Nur Farihah Meor
  • Menyifatkan Tash Aw sebagai penulis berani mati, Peguam, Nur Farihah Meor berkata penulis novel itu merupakan seorang rakyat Malaysia yang menetap di London dan dia menulis kisah berkenaan dengan permulaan cerita hubungan (jenayah) liwat sesama dua lelaki di kebun buah berlatarkan negara ini pada era 90-an.
  • Lebih malang, ada kelompok Muslimah turut ‘tersangkut’ beli novel disifatkan sesat itu, malah ia juga tersenarai untuk dijual di laman web Books Kinokuniya Malaysia.
  • “Sebagai anak jati Perak, saya dengan rendah hati memohon DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mencemar duli dan menegur secara keras syarikat tidak bertanggungjawab yang membawa masuk fahaman songsang melalui penulisan buku di Malaysia, apatah lagi disokong oleh sebuah kedai buku yang seringkali menjadi tempat persinggahan Sultan Nazrin.
  • “Sebagai rakyat Malaysia, apa patut kita buat? Sudah tentu mengguna pakai undang-undang tersedia dan menggesa pihak berwajib mengambil tindakan serta-merta! Caranya mudah sahaja, sambil-sambil beratur mengambil lauk moreh pun dah boleh taip di telefon bimbit.” – Farihah

KUALA LUMPUR — Seorang peguam mendesak orang ramai melaporkan novel “The South” tulisan Tash Aw yang didakwa mengangkat tema jenayah liwat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menyifatkan Tash Aw sebagai penulis berani mati, Nur Farihah Meor berkata penulis novel itu merupakan seorang rakyat Malaysia yang menetap di London dan dia menulis kisah berkenaan dengan permulaan cerita hubungan (jenayah) liwat sesama dua lelaki di kebun buah berlatarkan negara ini pada era 90-an.

Foto: Gambar tangkap layar dimuat naik Farihah di hantaran Facebook-nya.

Nur Farihah berkata beliau difahamkan pelancaran novel itu telah dilakukan di Bangsar Village ketika sambutan bulan Ramadan dan ia dipromosikan secara terbuka melalui Instagram @mylitbooks yang beroperasi di Petaling Jaya.

Foto: Gambar tangkap layar yang dimuat naik Farihah di hantaran Facebook-nya.

Lebih malang katanya, apabila ada kelompok Muslimah dilihat turut terjebak atau ‘tersangkut’ membeli novel disifatkan sesat itu, malah ia juga tersenarai untuk dijual di laman web Books Kinokuniya Malaysia yang menimbulkan persoalan berkenaan standard kawalan kualiti buku-buku di Kinokuniya.

“Sebagai anak jati Perak, saya dengan rendah hati memohon DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mencemar duli dan menegur secara keras syarikat tidak bertanggungjawab yang membawa masuk fahaman songsang melalui penulisan buku di Malaysia, apatah lagi disokong oleh sebuah kedai buku yang seringkali menjadi tempat persinggahan Sultan Nazrin.

“Sebagai rakyat Malaysia, apa patut kita buat? Sudah tentu mengguna pakai undang-undang tersedia dan menggesa pihak berwajib mengambil tindakan serta-merta! Caranya mudah sahaja, sambil-sambil beratur mengambil lauk moreh pun dah boleh taip di telefon bimbit.

“Buat aduan berkaitan dengan menghubungi Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN di talian 03-88868047, faks 03-88891682 atau Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

“Dahulu kita dah pernah mengakibatkan dua syarikat buku arus perdana menurunkan jualan buku “Heartstopper”, setelah ada di antara kita menulis kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mengadu di Sistem Aduan Awam… Pewartaan itu dikeluarkan KDN menerusi Warta Kerajaan P.U.(A) 328, 329 dan 330 bertarikh 12 Oktober 2022.

“Tunggu apa lagi? Jom kita bertindak!,” kata Farihah menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Farihah.

Pada 2022, BERNAMA melaporkan KDN mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga penerbitan bertajuk ‘Chelsia Amanda (Berdasarkan Kisah Benar)’, ‘Heartstopper Volume 2’ dan ‘Cekik’ mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan mungkin memudaratkan kemoralan, di mana “Heartstopper Volume 2” dilihat cuba mempromosikan budaya LGBT serta berunsur lucah yang melanggar sensitiviti agama dan budaya di negara ini.

KDN berkata amalan hidup songsang jelas dilarang dan bertentangan semua ajaran agama serta norma hidup masyarakat di negara ini. — The Merdeka Times

Author