Connect with us

Antarabangsa

Wanita Uyghur dipenjara 17 tahun kerana mengajar Islam kepada anak dan jiran

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Rozi (Gambar Kecil)
  • Perkara itu terbongkar selepas satu koleksi dokumen rahsia  berjaya digodam dari komputer milik polis Xinjiang.
  • Fail-fail berkenaan mengandungi rekod mengenai 830,000 individu serta mengesahkan hukuman ke atas dua orang adik-beradik dikenali sebagai Sattar Kadir dan Yusuf Ahmed Kadir yang didakwa menerima pendidikan agama secara haram dari ibu mereka yang dikenali sebagai Rozi antara 2004 – 2008.

Seorang Wanita Uyghur dipenjara 17 tahun kerana mengajar Islam kepada anak-anaknya dan jiran.

Perkara itu terbongkar selepas satu koleksi dokumen rahsia  berjaya digodam dari komputer milik polis Xinjiang.

Dokumen tersebut turut menyatakan anak-anak wanita itu turut dikenakan hukuman penjara.

Maklumat berkenaan penahanan penduduk Islam Uyghur lain turut ditulis dalam simpanan dokumen tersebut.

Fail-fail berkenaan mengandungi rekod mengenai 830,000 individu serta mengesahkan hukuman ke atas dua orang adik-beradik dikenali sebagai Sattar Kadir dan Yusuf Ahmed Kadir yang didakwa menerima pendidikan agama secara haram dari ibu mereka yang dikenali sebagai Rozi antara 2004 – 2008.

Hukuman ke atas Rozi tidak dimaklumkan walaupun tangkapan beliau dinyatakan.

Sejak 2017, China telah menahan 1.8 juta kaum Uyghur.

Mereka ditahan di lokasi yang polis sifatkan sebagai ‘pusat latihan vokasional’ walaupun ini difahami secara meluas sebagai kem tahanan.

Ramai kaum Uyghur dilaporkan ditahan kerana mengamalkan Islam atau kerana menghantar anak-anak mereka mempelajari agama di negara seperti Mesir dan Turkiye.

Mereka yang didakwa menyediakan “pendidikan agama secara haram” biasanya dipenjara antara 10 dan 20 tahun manakala anak-anak mereka dikenakan hukuman bawah 10 tahun. – The Merdeka Times

Author