Antarabangsa
Taliban tidak anggap wanita sebagai manusia – Malala Yousafzai

- Tindas gadis dan wanita : Malala Yousafzai gesa pemimpin Islam cabar Kerajaan Taliban.
- Taliban tidak lihat wanita sebagai manusia.
- Taliban cipta system gender apartheid.
PAKISTAN –Aktivis pendidikan, Malala Yousafzai menggesa pemimpin negara Islam supaya mencabar kerajaan Taliban dan polisinya yang menindas perempuan dan wanita di Afghanistan.
“Secara mudahnya, Taliban di Afghanistan tidak melihat wanita sebagai manusia,” katanya di satu sidang kemuncak antarabangsa anjuran Pakistan mengenai pendidikan untuk gadis dalam negara Islam.
Malala turut mengkritik Taliban yang dilapor telah berulang kali berjanji bahawa anak perempuan akan dibenarkan kembali ke sekolah setelah beberapa isu diselesaikan – termasuk memastikan kurikulum itu adalah “Islamik”.
Namun, perkara ini malangnya belum berlaku.
“Afghanistan adalah satu-satunya negara di dunia di mana gadis-gadis dilarang sepenuhnya daripada pendidikan selepas gred enam,” kata Yousafzai.
Di persidangan itu, Yousafzai memberitahu tidak ada apa pun yang mengenai Islam dalam polisi Taliban yang turut menghalang gadis dan wanita mendapatkan akses kepada pendidikan dan pekerjaan.
Aktivis yang berusia 27 tahun yang terpaksa diterbangkan keluar dari Pakistan pada usia 15 tahun setelah ditembak di kepala oleh Taliban warga Pakistan kerana bercakap mengenai pendidikan buat anak gadis.
Penerima Hadiah Nobel itu berkata beliau terharu dan gembira untuk pulang ke negara asalnya.
Sejak ditembak pada 2012, aktivis itu cuma pulang beberapa kali ke Pakistan pada 2018.
Pada Ahad, Yousafzai dipetik sebagai berkata kerjaan Taliban sekali lagi mencipta sistem gender apartheid.- The Merdeka Times
