Connect with us

Terkini

‘Sejak saya jadi PM ke-4 lagi, Malaysia banyak kali berunding harga air mentah dengan Singapura’ – Tun M

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 lagi, Malaysia telah berkali-kali berunding berkenaan permasalahan di antara Singapura dengan Malaysia, termasuk soal harga air mentah 3 sen 1000 galen.
  • Bagaimanapun negara terbabit dikatakan tidak pernah bersetuju dengan kenaikan harga kerana kononnya sudah terlewat.
  • Dr Mahathir berkata ketika beliau sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018, isu air itu dibangkitkan semula dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Hsien Loong dan beliau bersetuju untuk mengadakan rundingan.
  • Kenyataan itu ditulis di Facebook beliau hari ini bagi menjawab persoalan segelintir pihak yang mempertikaikan selama beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan apa yang telah beliau lakukan untuk isu perjanjian air Malaysia dan Singapura.

KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 lagi, Malaysia telah berkali-kali berunding berkenaan permasalahan di antara Singapura dengan Malaysia, termasuk soal harga air mentah 3 sen 1000 galen.

Bagaimanapun negara terbabit dikatakan tidak pernah bersetuju dengan kenaikan harga kerana kononnya sudah terlewat.

Dr Mahathir berkata ketika beliau sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018, isu air itu dibangkitkan semula dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Hsien Loong dan beliau bersetuju untuk mengadakan rundingan.

Katanya, sebelum beliau meletak jawatan pada 2003, peruntukan telah diberi kepada Johor untuk mendirikan loji tapis air supaya Johor tidak perlu membeli air dari Singapura, bagaimanapun beliau hairan mengapa ia tidak didirikan sedangkan jika ia dibangunkan isu kenaikan harga air tapis dari negara jiran terbabit tidak timbul.

 

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dr Mahathir bin Mohamad.

“Saya tidak tahu kenapa loji ini tidak didiri. Selepas saya letak jawatan projek jambatan bengkok dan landasan kembar keretapi juga digugur.

“Tidak ada sebab kenapa loji tapis ini tidak boleh didirikan sekarang.

“Ancaman Singapura menaikkan harga air tapis bukan masalah.

“Tetapi hakikatnya Kerajaan sekarang tidak lagi cuba tangani beberapa masalah yang ada dengan Singapura termasuk masalah ruang udara Malaysia, jabatan bengkok dan Central Provident Fund Singapura sebaliknya perjanjian baru dibuat yang lebih menguntungkan Singapura,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab persoalan segelintir pihak yang mempertikaikan selama beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan apa yang telah beliau lakukan untuk isu perjanjian air Malaysia dan Singapura.

Pada 2 Januari lalu, Dr Mahathir menyatakan bahawa Singapura memperolehi keuntungan lebih RM3 billion setahun sejak Malaysia menghentikan rundingan untuk menaikkan harga jualan air mentah kepada negara tersebut.

Menurut beliau, Malaysia secara secara efektif telah mensubsidi Singapura dengan jumlah yang dinyatakan setiap tahun. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *