Connect with us

Antarabangsa

Hamas tidak akan tadbir Gaza lagi, ikrar Penasihat Keselamatan AS

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bakal Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Mike Waltz
  • Penasihat keselamatan AS berkata akan “melakukan apa yang perlu” jika Hamas mengingkari perjanjian gencatan senjata untuk tebusan Gaza dan akan menyokong Israel.
  • Berikrar Hamas tidak akan mentadbir Gaza.
  • Perjanjian gencatan senjata-tebusan antara Israel dan kumpulan pengganas Hamas berkuat kuasa pagi Ahad.
  • Ia menghentikan perang selama 15 bulan, yang bermula pada 7 Oktober lalu.

“Hamas tidak akan pernah mentadbir Gaza. Itu sama sekali tidak boleh diterima.”

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh bakal Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Mike Waltz.

Katanya, gencatan senjata itu patut diraikan namun Hamas tidak akan kembali mentadbir Gaza.

Waltz juga menegaskan akan “melakukan apa yang perlu” jika Hamas mengingkari perjanjian gencatan senjata untuk tebusan Gaza dan akan menyokong Israel “dalam melakukan apa yang perlu dilakukan.”

Waltz, yang kini merupakan wakil kongres untuk Florida juga berkata kepada dalam temu bual “Face the Nation” terbitan CBS, “Hamas tidak akan pernah mentadbir Gaza. Itu sama sekali tidak boleh diterima.”

“Kita akan menyaksikan Presiden Trump mengangkat sumpah dan pada masa sama tebusan dibebaskan selepas dikurung 444 hari,” kata Waltz.

Perjanjian gencatan senjata-tebusan antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Ahad.

Ia menghentikan perang selama 15 bulan, yang bermula pada 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author