Connect with us

Antarabangsa

38 pelancong Vietnam ‘hilang’ di Pulau Jeju gagal naik pesawat

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pejabat Imigresen Jeju dan Pertubuhan Pelancongan Jeju pada Selasa mengesahkan sebilangan pelancong Vietnam yang datang ke Pulau Jeju, Korea Selatan di bawah pengecualian visa tidak menaiki penerbangan pulang seperti dijadualkan.
  • Menurut wartawan Agensi Berita Vietnam di Seoul dipetik Vietnam News, pihak berkuasa berkata 38 daripada 80 warga Vietnam yang tiba di Jeju dari Nha Trang, Việt Nam menerusi penerbangan yang tiba di Korea Selatan pada 14 November lalu, tidak menaiki pesawat penerbangan pulang.
  • Pihak Berkuasa Korea Selatan dilaporkan sedang mengekstrak imej daripada sistem CCTV untuk mencari lokasi kumpulan 38 pelancong Vietnam itu selepas mereka terputus hubungan dan hilang di tempat persiaran terakhir yang dijadualkan pada 17 November lalu. 
  • Mereka akan dianggap sebagai pendatang haram selepas 14 Disember apabila penginapan tanpa visa selama 30 hari tamat.

Pejabat Imigresen Jeju dan Pertubuhan Pelancongan Jeju pada Selasa mengesahkan sebilangan pelancong Vietnam yang datang ke Pulau Jeju, Korea Selatan di bawah pengecualian visa tidak menaiki penerbangan pulang seperti dijadualkan.

Menurut wartawan Agensi Berita Vietnam di Seoul dipetik Vietnam News, pihak berkuasa berkata 38 daripada 80 warga Vietnam yang tiba di Jeju dari Nha Trang, Việt Nam menerusi penerbangan yang tiba di Korea Selatan pada 14 November lalu, tidak menaiki pesawat penerbangan pulang.

Pihak Berkuasa Korea Selatan dilaporkan sedang mengekstrak imej daripada sistem CCTV untuk mencari lokasi kumpulan 38 pelancong Vietnam itu selepas mereka terputus hubungan dan hilang di tempat persiaran terakhir yang dijadualkan pada 17 November lalu. 

Mereka akan dianggap sebagai pendatang haram selepas 14 Disember apabila penginapan tanpa visa selama 30 hari tamat.

Kerajaan Pulau Jeju menjalankan program bebas visa, membenarkan warga asing dari 64 negara, termasuk Việt Nam, tinggal di Pulau Jeju sehingga 30 hari tanpa visa bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke Korea Selatan.

Kedutaan Vietnam di Korea Selatan dalam kenyataan kepada Agensi Berita Vietnam berkata, pihak kedutaan telah menerima maklumat mengenai insiden melibatkan 38 warga Vietnam itu melalui laporan akhbar dan melaporkan kepada Kementerian Luar Negeri dan pihak berkuasa berkaitan.

Kedutaan itu meminta warga Vietnam supaya menghormati undang-undang dan adat resam, terutamanya peraturan keluar masuk negara tuan rumah sebaik sahaja memasuki Korea Selatan, bagi mengelak menjejaskan imej Vietnam dan usaha membangunkan hubungan baik antara kedua-dua negara. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *