Connect with us

Antarabangsa

206 tapak arkeologi, warisan di Gaza dimusnahkan Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Tentera Israel telah memusnahkan dan merosakkan 206 tapak arkeologi dan warisan tidak ternilai di tengah-tengah perang genosid di Gaza, kata seorang pegawai Palestin.
  • “Tapak arkeologi dan warisan Palestin tidak terlepas daripada kemusnahan, vandalisme, rompakan dan kecurian oleh tentera pendudukan Israel,” kata Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Thawabteh kepada agensi berita Anadolu pada Selasa.
  • Thawabteh berkata beberapa tapak musnah sepenuhnya, manakala yang lain mengalami kerosakan teruk.
  • Antara tapak arkeologi terkenal menjadi sasaran tentera Israel di Gaza ialah Masjid Besar Omari, Gereja Byzantine di Jabalia, Kuil Al-Khadir di bandar Deir al-Balah tengah Gaza dan tanah perkuburan Byzantine Blakhiya (Anthedon of Palestine) di barat laut Gaza City.
  • Beberapa tapak purba dan arkeologi dimusnahkan tentera Israel bermula pada zaman Phoenicia dan Rom, manakala yang lain bertarikh antara 800 SM dan 1400 AD, dan beberapa yang lebih baru dibina 400 tahun lalu.

Tentera Israel telah memusnahkan dan merosakkan 206 tapak arkeologi dan warisan tidak ternilai di tengah-tengah perang genosid di Gaza, kata seorang pegawai Palestin.

“Tapak arkeologi dan warisan Palestin tidak terlepas daripada kemusnahan, vandalisme, rompakan dan kecurian oleh tentera pendudukan Israel,” kata Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Thawabteh kepada agensi berita Anadolu pada Selasa.

Thawabteh berkata beberapa tapak musnah sepenuhnya, manakala yang lain mengalami kerosakan teruk.

“Penyasaran Israel ke atas tapak-tapak ini mencerminkan strategi sistematik untuk menghapuskan identiti Palestin,” katanya.

Antara tapak arkeologi terkenal menjadi sasaran tentera Israel di Gaza ialah Masjid Besar Omari, Gereja Byzantine di Jabalia, Kuil Al-Khadir di bandar Deir al-Balah tengah Gaza dan tanah perkuburan Byzantine Blakhiya (Anthedon of Palestine) di barat laut Gaza City.

Termasuk dalam senarai itu adalah Gereja Ortodoks Yunani Saint Porphyrius, Rumah Al-Saqqa berusia 400 tahun dan Masjid Sayed al-Hashim, salah satu masjid tertua di Gaza.

Beberapa tapak purba dan arkeologi dimusnahkan tentera Israel bermula pada zaman Phoenicia dan Rom, manakala yang lain bertarikh antara 800 SM dan 1400 AD, dan beberapa yang lebih baru dibina 400 tahun lalu.

Gaza ialah sebuah bandar purba dan bersejarah yang berada di bawah pemerintahan beberapa empayar dan tamadun, termasuk firaun Mesir, Yunani, Rom dan Byzantine, dan kemudiannya antara lain di bawah pemerintahan Uthmaniyyah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *