Connect with us

Terkini

Jumlah mangsa banjir meningkat mendadak, Kelantan catat angka tertinggi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Banjir di Kelantan - Harian Metro
  • Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.
  • Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 22,156 orang di 53 PPS, diikuti Tumpat (8,434 mangsa, 17 PPS); Kota Bharu (5,944 mangsa, 31 PPS); Kuala Krai (5,253 mangsa, 39 PPS); Tanah Merah (4,366 mangsa, 26 PPS) dan Bachok (2,844 mangsa, lapan PPS).
  • Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang juga kini berada di paras 11.50 m, melebihi had bahaya sembilan meter dan Tangga Bratley Kuala Krai pada paras 25.25 m.

KUALA LUMPUR — Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 22,156 orang di 53 PPS, diikuti Tumpat (8,434 mangsa, 17 PPS); Kota Bharu (5,944 mangsa, 31 PPS); Kuala Krai (5,253 mangsa, 39 PPS); Tanah Merah (4,366 mangsa, 26 PPS) dan Bachok (2,844 mangsa, lapan PPS).

Jajahan lain yang turut terkesan dengan bencana ialah Pasir Puteh (4,956 mangsa, 21 PPS); Machang (4,395 mangsa, 20 PPS); Jeli (838 mangsa, lima PPS) dan Gua Musang (46 mangsa, sebuah PPS).

Sementara itu, portal Jabatan Pengaliran dan Saliran melaporkan beberapa sungai utama di Kelantan telah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini, antaranya Sungai Lanas di Jeli dengan bacaan 28.78 meter, Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.17 m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (5.58 meter), Sungai Golok di Kampung Jenob (28.79 m) dan Sungai Sokor di Kampung Sokor (33.92 m).

Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang juga kini berada di paras 11.50 m, melebihi had bahaya sembilan meter dan Tangga Bratley Kuala Krai pada paras 25.25 m. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *