Antarabangsa
890 tentera Israel terbunuh, 11,000 cedera di Palestin, Lubnan
- Seramai 890 tentera Israel terbunuh dan 11,000 cedera di Gaza, Tebing Barat dan Lubnan sejak 7 Oktober tahun lalu, kata ketua pembangkang Israel, Yair Lapid.
- Mempertahankan angka itu tanpa memetik sumber, Lapid merujuk kepada hospital Israel di mana askar rejim yang cedera sedang dirawat.
- “Jika anda mempunyai keraguan tentang angka ini pergi ke Tel Hashomer, pergi ke Ichilov, pergi ke Rambam, pergi ke jabatan pemulihan,” kata Lapid ketika ditemubual media Israel, Channel 12 dipetik MEE pada Khamis.
- Maklumat rasmi Kementerian Luar Israel pula menyenaraikan 780 korban tentera sejak serangan rentas sempadan kumpulan penentangan Palestin, Hamas pada 7 Oktober 2023.
- Angka itu termasuk sekurang-kurangnya 365 askar disenaraikan sebagai “tewas dalam pertempuran” di Gaza, Lubnan dan Tebing Barat yang diduduki, serta mereka yang terbunuh dalam serangan roket atau serangan lain dalam Israel, dan lain-lain yang maut dalam kemalangan jalan raya.
Seramai 890 tentera Israel terbunuh dan 11,000 cedera di Gaza, Tebing Barat dan Lubnan sejak 7 Oktober tahun lalu, kata ketua pembangkang Israel, Yair Lapid.
Mempertahankan angka itu tanpa memetik sumber, Lapid merujuk kepada hospital Israel di mana askar rejim yang cedera sedang dirawat.
“Jika anda mempunyai keraguan tentang angka ini pergi ke Tel Hashomer, pergi ke Ichilov, pergi ke Rambam, pergi ke jabatan pemulihan,” kata Lapid ketika ditemubual media Israel, Channel 12 dipetik MEE pada Khamis.
Maklumat rasmi Kementerian Luar Israel pula menyenaraikan 780 korban tentera sejak serangan rentas sempadan kumpulan penentangan Palestin, Hamas pada 7 Oktober 2023.
Angka itu termasuk sekurang-kurangnya 365 askar disenaraikan sebagai “tewas dalam pertempuran” di Gaza, Lubnan dan Tebing Barat yang diduduki, serta mereka yang terbunuh dalam serangan roket atau serangan lain dalam Israel, dan lain-lain yang maut dalam kemalangan jalan raya.
MEE melaporkan ramai askar dikenal pasti hanya dengan nama, pangkat dan unit mereka tanpa butiran lanjut tentang keadaan kematian mereka.
Angka baharu dikeluarkan minggu ini oleh jabatan pemulihan tentera Israel juga mencadangkan peningkatan baru-baru ini dalam bilangan tentera yang cedera yang memerlukan rawatan perubatan.
Pada Selasa, ia berkata telah menerima 910 askar yang cedera bulan ini di Lubnan.
Maklumat tentang korban dikawal di Israel di mana media tertakluk kepada penapisan tentera yang ketat.
Keadaan itu menyebabkan beberapa pihak mempersoalkan sama ada angka rasmi mungkin kurang melaporkan skala sebenar kerugian dialami tentera Israel di Gaza dan Lubnan. – The Merdeka Times