Connect with us

Terkini

(VIDEO) Dari korporat dan perbankan ke industri media, Irnyza Ngah dilantik CEO The Merdeka Times

Memperkasakan The Merdeka Times (TMT) sebagai entiti media bebas dan neutral serta menjadikannya sebagai “kuasa atau suara ketiga” yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak dalam membawa isu rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Irnyza Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif TMT.

KUALA LUMPUR — Memperkasakan The Merdeka Times (TMT) sebagai entiti media bebas dan neutral serta menjadikannya sebagai “kuasa atau suara ketiga” yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak dalam membawa isu rakyat.

Itu antara hala tuju dan perancangan awal Irnyza Ngah yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TMT berkuat kuasa 1 Oktober 2024.

Mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam dunia korporat dan perbankan, Irnyza, 49, menggalas tugas untuk mengembangkan dan memperkukuh kedudukan TMT yang memasuki tahun ketiganya sejak mula beroperasi pada Julai 2022.

“Sebagai permulaan sudah pasti fokus akan diberikan kepada operasi di mana kita merancang untuk memperluas dan menambahkan saluran serta kandungan di TMT dan kita juga ingin terus memastikan agar semua maklumat perbincangan dan berita disalurkan kepada pembaca dan pendengar itu berintegriti dan berkualiti.

“Dan juga lebih penting lagi dari segi kandungan kita akan terus memperkasa kedudukan TMT sebagai that very influential third force atau third voice in the market dan juga sebagai entiti that would be acting as a neutralizer dalam menangani suara-suara yang berat sebelah serta naratif yang sangat deceptive.

“Jadi nantikan kandungan lebih menarik daripada kami dan teruskan bersama TMT,” katanya kepada TMT di Studio Merdeka pada Rabu.

Foto: CEO The Merdeka Times, Irnyza Ngah (kiri) & Pemilik TMT, Firdaus Wong Wai Hung (tengah) & Ketua Pengarang, Syafinaz Yunus (kanan).

Sebagai langkah awal, Irnyza berkata beliau akan meneliti kerjasama strategik dengan pihak yang berpotensi membawa objektif TMT dan memberi manfaat kepada ummah.

Jawatan terakhir Irnyza adalah sebagai Pengarah Kanan Affin Banking Group (ABG) di mana beliau mengetuai operasi anak syarikat milik penuh ABG, ABS, yang memberikan perkhidmatan teknologi kepada ABG.

Irnyza antara lain pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) dan Ketua Perbankan Islamik Asia Pasifik untuk Citibank.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan pemegang taruh yang merangkumi ahli lembaga pengarah, pemegang saham, pengawal selia, agensi kerajaan dan NGO.

Irnyza juga merupakan peguambela dan peguamcara berkelayakan di Mahkamah Tinggi Malaya. 

Ditanya mengapa beliau memilih TMT selepas menyertai dunia korporat dan perbankan, Irnyza berkata beliau mahu menyumbang kepada ummah melalui bidang media.

Irnyza yang juga lulusan undang-undang dari King’s College, London, bertekad  untuk menjadikan TMT sebagai “kuasa atau suara ketiga” yang bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak dalam menyuarakan isu rakyat. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *