Terkini
Iktiraf sijil UEC di bawah sistem ‘direct intake’ untuk ke IPTA – Ahli Parlimen DAP
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) digesa mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC) di bawah sistem direct intake tanpa perlu melalui Unit Pusat Universiti (UPU) bagi syarat kemasukan ke IPTA.
- Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui berkata beliau percaya pelajar lepasan UEC berhak dan layak dilayan sama taraf dengan sijil negara asing seperti A-level, International Baccalaureate (IB) atau Australia Matriculation dengan syarat mereka tidak menerima subsidi kerajaan untuk masuk ke IPTA.
- UEC diiktiraf lebih 200 universiti terkenal di luar negara disebabkan kualitinya yang tinggi, sekaligus membuktikan kualiti pelajar-pelajar lepasan UEC diperakui di pentas antarabangsa.
- Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang dan Sarawak juga telah mengiktiraf UEC, tetapi IPTA belum lagi memberi pengiktirafan itu.
- “Sebagai implikasinya, sekumpulan orang muda yang berbakat telah memilih untuk meneruskan pelajaran dan seterusnya berkembang di luar negara setiap tahun,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) digesa mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC) di bawah sistem direct intake tanpa perlu melalui Unit Pusat Universiti (UPU) bagi syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui berkata beliau percaya pelajar lepasan UEC berhak dan layak dilayan sama taraf dengan sijil negara asing seperti A-level, International Baccalaureate (IB) atau Australia Matriculationdengan syarat mereka tidak menerima subsidi kerajaan untuk masuk ke IPTA.
Beliau berkata UEC telah diiktiraf lebih 200 universiti terkenal di luar negara disebabkan kualitinya yang tinggi, sekaligus membuktikan kualiti pelajar-pelajar lepasan UEC diperakui di pentas antarabangsa.
Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang dan Sarawak juga telah mengiktiraf UEC, tetapi IPTA belum lagi memberi pengiktirafan itu.
“Hal ini telah menyebabkan pelajar lepasan UEC dinafikan peluang untuk meneruskan pelajaran di IPTA.
“Sebagai implikasinya, sekumpulan orang muda yang berbakat telah memilih untuk meneruskan pelajaran dan seterusnya berkembang di luar negara setiap tahun.
“Oleh itu, saya menyeru agar pihak kerajaan tidak memberi halangan kepada para IPTA dengan mengiktiraf sijil UEC di bawah sistem “direct intake” dengan secepat mungkin agar para pelajar lepasan UEC dapat dikekalkan di tanah air dan menyumbang kepada ekonomi negara Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menurut Yu Hui, ‘direct intake’ ini akan membolehkan pelajar memohon secara langsung kepada universiti tertentu, bukan melalui sistem UPU dan yuran pelajar ‘direct intake’ tidak akan disubsidikan oleh kerajaan, sebaliknya mereka perlu membuat bayaran penuh kepada universiti.
Katanya, kebanyakan IPTA di Malaysia hari ini membuka saluran ‘direct intake’ dan menerima pelajar lepasan pelbagai sijil, termasuk A-Level, Australian Matriculation, IB, dan GaoKao dari China.— The Merdeka Times