Antarabangsa
AS salahkan “hirisan bawang” punca wabak e.Coli Mcdonald’s
- Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Rabu berkata hirisan bawang segar dihidangkan dalam burger Quarter Pounders Mcdonald’s di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan wabak e.Coli yang menyebabkan 90 orang sakit.
- “Bawang segar yang dihiris dihidangkan dalam Quarter Pounders dan item menu lain dari McDonald’s adalah kemungkinan punca wabak ini.
- “Lebih banyak penyakit telah dilaporkan, tetapi ia berlaku sebelum McDonald’s dan Taylor Farms mengambil tindakan untuk mengeluarkan bawang dari lokasi perkhidmatan makanan.
- “Disebabkan tindakan produk yang diambil kedua-dua syarikat, CDC percaya risiko kepada orang ramai adalah sangat rendah,” kata CDC dalam laporan di laman sesawangnya pada Rabu.
- Restoran Mcdonald’s di 13 negeri AS menarik sementara burger itu daripada menu mereka minggu lalu ekoran wabak yang dikaitkan dengan mereka.
- Setakat ini, bilangan mereka yang sakit berjumlah 90 orang, termasuk 27 orang dimasukkan ke hospital, dan seorang lelaki meninggal dunia.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Rabu berkata hirisan bawang segar dihidangkan dalam burger Quarter Pounders Mcdonald’s di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan wabak e.Coli yang menyebabkan 90 orang sakit.
“Bawang segar yang dihiris dihidangkan dalam Quarter Pounders dan item menu lain dari McDonald’s adalah kemungkinan punca wabak ini.
“Lebih banyak penyakit telah dilaporkan, tetapi ia berlaku sebelum McDonald’s dan Taylor Farms mengambil tindakan untuk mengeluarkan bawang dari lokasi perkhidmatan makanan.
“Disebabkan tindakan produk yang diambil kedua-dua syarikat, CDC percaya risiko kepada orang ramai adalah sangat rendah,” kata CDC dalam laporan di laman sesawangnya pada Rabu.
Restoran Mcdonald’s di 13 negeri AS menarik sementara burger itu daripada menu mereka minggu lalu ekoran wabak yang dikaitkan dengan mereka.
Setakat ini, bilangan mereka yang sakit berjumlah 90 orang, termasuk 27 orang dimasukkan ke hospital, dan seorang lelaki meninggal dunia.
Agensi berita AFP dipetik oleh media tempatan melaporkan McDonald’s pada Ahad berkata ia akan meneruskan penjualan Quarter Pounders selepas ujian untuk e.Coli kembali negatif.
Bakteria e.Coli dilaporkan menyebabkan kekejangan perut, cirit-birit dan muntah berlarutan selama tiga hingga empat hari, di mana kebanyakan pesakit pulih tanpa memerlukan rawatan, tetapi ada juga yang mengalami komplikasi. – The Merdeka Times