Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera perogol dijulang seperti ‘hero’ di TV Israel

Tentera rejim zionis Israel yang meliwat dan menyiksa tahanan warga Palestin terus mendapat perhatian media Israel dan dijulang seperti ‘hero’, seolah-olah mempertahankan tindakan keji tentera itu di khalayak ramai.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tangkap layar tentera rejim zionis Israel yang meliwat dan menyiksa tahanan warga Palestin.

Tentera rejim zionis Israel yang meliwat dan menyiksa tahanan warga Palestin terus mendapat perhatian media Israel dan dijulang seperti ‘hero’, seolah-olah mempertahankan tindakan keji tentera itu di khalayak ramai.

Individu pelaku jenayah itu pada mulanya bertopeng dan dijemput saluran TV Channel 14 Israel yang muncul mempertahankan tindakan jenayah rogol dilakukan unit tenteranya.

Rancangan itu kemudiannya disusuli tindakan individu itu menyiarkan video dirinya membuka topeng dipakainya dan menyiarkan video tersebut di media sosial.

Ia disusuli tindakan penjelasan dirinya bangga terhadap unit tenteranya dan mempertahankan tindakan penyiksaan serta jenayah rogol ke atas rakyat Palestin selain mula mendapat undangan saluran TV lain. 

MEE turut melaporkan bahawa liputan TV Israel juga menuntut ‘kepala’ individu yang menyebarkan video seksaan itu dibocorkan kerana pelakunya dianggap ‘pengkhianat’ di sisi mereka.

Channel 12 Israel sebelum ini mengeluarkan video memaparkan tahanan warga Palestin didera secara seksual oleh tentera rejim zionis hingga rektum koyak dan usus pecah.

Pada 29 Julai lalu, sembilan askar Israel dari unit Force 100 ditangkap atas kesalahan penderaan seksual apabila polis tentera menyerbu pusat tahanan Sde Teiman dan membawa mereka ke dalam tahanan sebelum sebahagian mereka mula dibebaskan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending