Terkini
PM Bangladesh letak jawatan, lari ke India
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah meletakkan jawatan dan melarikan diri ke India selepas bantahan selama beberapa minggu terhadap kerajaan pimpinannya, menyaksikan ratusan orang terbunuh.
- Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah meletakkan jawatan dan melarikan diri ke India selepas bantahan selama beberapa minggu terhadap kerajaan pimpinannya, menyaksikan ratusan orang terbunuh.
- Hasina, 76, meletakkan jawatannya pada Isnin selepas protes dipimpin kumpulan pelajar pada bulan lalu mengenai sistem kuota untuk pekerja kerajaan berubah menjadi seruan popular untuk pemecatannya, lapor Al Jazeera.
- Insiden itu dilihat sebagai krisis politik terburuk selama 15 tahun pemerintahan Hasina.
- Ketika puluhan ribu individu mengelilingi pejabat dan kediaman kerajaan di sekitar ibu kota Dhaka, Hasina melarikan diri dengan helikopter tentera bersama adiknya dan dilaporkan mendarat di New Delhi, menurut laporan media India.
- Ketua Tentera Bangladesh, Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan kerajaan interim akan memerintah negara dengan 170 juta populasi itu tanpa menjelaskan butiran lanjut.
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah meletakkan jawatan dan melarikan diri ke India selepas bantahan selama beberapa minggu terhadap kerajaan pimpinannya, menyaksikan ratusan orang terbunuh.
Hasina, 76, meletakkan jawatannya pada Isnin selepas protes dipimpin kumpulan pelajar pada bulan lalu mengenai sistem kuota untuk pekerja kerajaan berubah menjadi seruan popular untuk pemecatannya, lapor Al Jazeera.
Insiden itu dilihat sebagai krisis politik terburuk selama 15 tahun pemerintahan Hasina.
Ketika puluhan ribu individu mengelilingi pejabat dan kediaman kerajaan di sekitar ibu kota Dhaka, Hasina melarikan diri dengan helikopter tentera bersama adiknya dan dilaporkan mendarat di New Delhi, menurut laporan media India.
Ketua Tentera Bangladesh, Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan kerajaan interim akan memerintah negara dengan 170 juta populasi itu tanpa menjelaskan butiran lanjut.
Pengerusi pelaksana parti pembangkang utama Bangladesh Nationalist Party, Tarique Rahman yang tinggal dalam ekstradisi di United Kingdom di platform X berkata, “pengunduran Hasina membuktikan kuasa rakyat”.
“Marilah kita bersama-sama membina semula Bangladesh menjadi sebuah negara demokratik dan maju, di mana hak dan kebebasan semua orang dilindungi,” katanya. – The Merdeka Times