Terkini
Laporan salah laku seksual, Bishop Ortodoks Russia Budapest-Hungary digantung tugas
Bishop Ortodoks Russia, Hilarion Alfeyev dari Budapest-Hungary digantung sementara waktu berikutan laporan dan siasatan lanjut berhubung salah laku seksual beliau ke atas seorang kakitangannya.
- Bishop Ortodoks Russia, Hilarion Alfeyev dari Budapest-Hungary digantung sementara waktu berikutan laporan dan siasatan lanjut berhubung salah laku seksual beliau ke atas seorang kakitangannya.
- Menurut laman berita Novaya Gazeta Europe, pembantu peribadi bishop itu, Georgy Suzuki, yang berkhidmat antara Oktober 2022 dan Januari 2024, diganggu secara seksual beberapa kali oleh bishop berkedudukan tinggi berusia 58 tahun itu.
- Alfeyev dilapor menafikan semua dakwaan dibuat Suzuki.
- Awal bulan ini, Church Times melaporkan 11 paderi Ortodoks Russia di Budapest menandatangani kenyataan bersama membela Alfeyev, yang mereka percaya tidak bersalah dan merupakan mangsa “kempen fitnah kotor”.
- Novaya Gazeta Europe pada 25 Julai lalu menerbitkan beberapa gambar serta butiran mesej peribadi di antara Suzuki dan Alfeyev yang menonjolkan tingkah laku tidak bersesuaian berunsur seksual dan gaya hidup material yang berlebihan.
Bishop Ortodoks Russia, Hilarion Alfeyev dari Budapest-Hungary digantung sementara waktu berikutan laporan dan siasatan lanjut berhubung salah laku seksual beliau ke atas seorang kakitangannya.
Menurut laman berita Novaya Gazeta Europe, pembantu peribadi bishop itu, Georgy Suzuki, yang berkhidmat antara Oktober 2022 dan Januari 2024, diganggu secara seksual beberapa kali oleh bishop berkedudukan tinggi berusia 58 tahun itu.
Alfeyev dilapor menafikan semua dakwaan dibuat Suzuki.
Awal bulan ini, Church Times melaporkan 11 paderi Ortodoks Russia di Budapest menandatangani kenyataan bersama membela Alfeyev, yang mereka percaya tidak bersalah dan merupakan mangsa “kempen fitnah kotor”.
Novaya Gazeta Europe pada 25 Julai lalu menerbitkan beberapa gambar serta butiran mesej peribadi di antara Suzuki dan Alfeyev yang menonjolkan tingkah laku tidak bersesuaian berunsur seksual dan gaya hidup material yang berlebihan.
Alfeyev dilaporkan membeli rumah agam di Perancis dan Hungary serta jam tangan mahal dan menghabiskan percutian di atas kapal layar dan pusat peranginan pantai yang mahal.
Walaupun Suzuki memberitahu Novaya Gazeta Europe bahawa sogokan Alfeyev tidak pernah membawa kepada perlakuan seksual, dia berkata dirinya dan keluarga mengalami paksaan, ugutan dan serangan daripada bishop itu yang sebagai balasan, menuduh Suzuki berkelakuan tidak bersesuaian berunsur seksual. – The Merdeka Times