Connect with us

Antarabangsa

Iran siap sedia perang, minta radar dan sistem pertahanan udara Russia

Iran meminta sistem pertahanan udara canggih dari Russia dalam persiapan perang besar-besaran yang berpotensi tercetus dengan rejim Israel, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Presiden baru negara Iran, Masoud Pezeshkian (kiri) & bekas Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu (kanan).
  • Iran meminta sistem pertahanan udara canggih dari Russia dalam persiapan perang besar-besaran yang berpotensi tercetus dengan rejim Israel, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
  • Dua pegawai Iran yang mahir dengan perancangan tentera mengesahkan Tehran memohon radar moden dan sistem pertahanan udara daripada Russia.
  • Laporan WSJ dipetik RBC – Ukraine menyatakan bahawa bekas Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu tiba di Iran semalam dan bertemu dengan Presiden baru negara itu, Masoud Pezeshkian dan Ketua Tentera Iran, Brigedier Jeneral Mohammad Bagheri, individu yang bertanggungjawab dalam merancang serangan terhadap Israel.
  • Pezeshkian dalam pertemuan itu menyatakan tekad Iran memperdalamkan hubungan dengan Russia sebagai rakan strategik.
  • Pezeshkian turut mengutuk tindakan jenayah rejim zionis Israel di Gaza dan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada minggu lalu, menyelarnya sebagai pelanggaran secara terang-terangan ke atas undang-undang dan norma antarabangsa.

Iran meminta sistem pertahanan udara canggih dari Russia dalam persiapan perang besar-besaran yang berpotensi tercetus dengan rejim Israel, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Dua pegawai Iran yang mahir dengan perancangan tentera mengesahkan Tehran memohon radar moden dan sistem pertahanan udara daripada Russia.

Laporan WSJ dipetik RBC – Ukraine menyatakan bahawa bekas Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu tiba di Iran semalam dan bertemu dengan Presiden baru negara itu, Masoud Pezeshkian dan Ketua Tentera Iran, Brigedier Jeneral Mohammad Bagheri, individu yang bertanggungjawab dalam merancang serangan terhadap Israel.

Pezeshkian dalam pertemuan itu menyatakan tekad Iran memperdalamkan hubungan dengan Russia sebagai rakan strategik.

“Russia adalah antara negara yang berdiri bersama masyarakat Iran pada waktu-waktu sukar,” kata presiden Iran itu.

Pezeshkian turut mengutuk tindakan jenayah rejim zionis Israel di Gaza dan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada minggu lalu, menyelarnya sebagai pelanggaran secara terang-terangan ke atas undang-undang dan norma antarabangsa.

Beliau berkata perkongsian kesefahaman antara Iran dan Russia dalam mempromosikan dunia multipolar pasti akan membawa keamanan global dan perdamaian meluas.

“Kami bersedia untuk kerjasama penuh dengan Iran dalam isu-isu serantau,” kata Shoigu sebagai respons kepada kenyataan Pezeshkian.

Minggu lalu, tentera rejim zionis Israel menyingkirkan pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah, Fouad Shukr. 

Sebagai tindak balas, Iran mengisytiharkan kesediaannya untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *