Antarabangsa
Remaja gamer ditabal Saint milenium pertama
Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja, lapor CNN.

- Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja.
- Carlo Acutis yang meninggal dunia akibat leukimia pada 2006 ketika berusia 15 tahun terkenal kerana menggunakan kemahiran komputernya menyebarkan Katolik sehingga diberi gelaran “influencer tuhan”.
- Diiktiraf sebagai santo dalam Gereja Katolik boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi usaha penabalan Acutis berjalan pantas dengan meningkatnya pengikut setia remaja itu di seluruh dunia.
- Sering digambarkan memakai jeans dan kasut sukan, kisahnya dilihat membantu Gereja Katolik dalam usaha berhubungan dengan generasi muda era digital dengan populariti dirinya dalam kalangan kumpulan belia Katolik.
- Acutis yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 1991 diingati rakan dan keluarga sebagai seseorang yang menggemari permainan video seperti Halo, Super Mario dan Pokémon.
Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja, lapor CNN.
Carlo Acutis yang meninggal dunia akibat leukimia pada 2006 ketika berusia 15 tahun terkenal kerana menggunakan kemahiran komputernya menyebarkan Katolik sehingga diberi gelaran “influencer tuhan”.
Diiktiraf sebagai santo dalam Gereja Katolik boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi usaha penabalan Acutis berjalan pantas dengan meningkatnya pengikut setia remaja itu di seluruh dunia.
Sering digambarkan memakai jeans dan kasut sukan, kisahnya dilihat membantu Gereja Katolik dalam usaha berhubungan dengan generasi muda era digital dengan populariti dirinya dalam kalangan kumpulan belia Katolik.
Acutis yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 1991 diingati rakan dan keluarga sebagai seseorang yang menggemari permainan video seperti Halo, Super Mario dan Pokémon.
Acutis diisytiharkan ‘diberkati’ pada 2020 selepas keajaiban pertamanya dikatakan menyembuhkan seorang budak lelaki Brazil yang mempunyai kecacatan sejak lahir pada pankreasnya menyebabkan dia tidak boleh makan secara normal.
Budak lelaki itu dilaporkan sembuh selepas ibunya berdoa kepada Acutis untuk campur tangan dan membantu menyembuhkan anaknya.
Keajaiban kedua dikaitkan dengan Acutis berkaitan dengan penyembuhan seorang gadis dari Costa Rica yang mengalami kecederaan kepala selepas terjatuh dari basikalnya di Florence, Itali, tempat dia belajar.
Ibunya dilaporkan berkata dia berdoa untuk pemulihan anak perempuannya di makam Acutis di Assisi. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login