Antarabangsa
EVALI: Paru-paru pengguna vape 19 tahun seperti ‘kaca pecah’
Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.
- Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.
- Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.
- Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.
- Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.
- Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).
Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.
Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.
Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.
Doktor kemudiannya bingung apabila rawatan antibiotik itu tidak menghasilkan kesan positif.
Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.
Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).
EVALI menjadi kebimbangan selama bertahun-tahun di negara itu apabila kadar penggunaannya dalam kalangan remaja dilihat melonjak.
Laporan kesihatan awam menunjukkan sekitar 2,800 pesakit dimasukkan ke hospital disebabkan EVALI pada 2020, 15 peratus kes membabitkan remaja, isyarat bermulanya wabak kecil kes EVALI di seluruh AS.
Wanita muda itu mengalami gejala selama seminggu sebelum ke hospital, termasuk bacaan demam yang tinggi sehingga menggigil, batuk dan sesak nafas semasa berehat. – The Merdeka Times