Connect with us

Antarabangsa

Tunai haji tanpa permit, denda lebih RM12,000 menanti

Arab Saudi akan mengenakan denda Saudi Riyal 10,000 (RM12,520) ke atas rakyat, penduduk dan pelawat yang menunaikan haji tanpa permit, lapor Khaleej Times.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arab Saudi akan mengenakan denda Saudi Riyal 10,000 (RM12,520) ke atas rakyat, penduduk dan pelawat yang menunaikan haji tanpa permit, lapor Khaleej Times.
  • Mana-mana pihak ditangkap membawa jemaah haji tanpa permit akan dipenjarakan sehingga enam bulan dan boleh dikenakan denda sehingga Saudi Riyal 50,000 (RM62,594).
  • Penalti melanggar peraturan dan arahan haji di Arab Saudi itu berkuatkuasa mulai Ahad (2 Jun) hingga 20 Jun 2024.
  • Menunaikan haji tanpa permit di kota Makkah, di kawasan utama tanah suci, stesen kereta api Haramain, pusat pemeriksaan keselamatan, pusat saringan, dan pusat pemeriksaan keselamatan sementara adalah dilarang.
  • Penduduk ditangkap melanggarnya akan dihantar pulang ke negara asal mereka dan dilarang memasuki semula Arab Saudi berlandaskan undang-undang untuk tempoh tertentu.

Arab Saudi akan mengenakan denda Saudi Riyal 10,000 (RM12,520) ke atas rakyat, penduduk dan pelawat yang menunaikan haji tanpa permit, lapor Khaleej Times.

Mana-mana pihak ditangkap membawa jemaah haji tanpa permit akan dipenjarakan sehingga enam bulan dan boleh dikenakan denda sehingga Saudi Riyal 50,000 (RM62,594).

Penalti melanggar peraturan dan arahan haji di Arab Saudi itu berkuatkuasa mulai Ahad (2 Jun) hingga 20 Jun 2024.

Menunaikan haji tanpa permit di kota Makkah, di kawasan utama tanah suci, stesen kereta api Haramain, pusat pemeriksaan keselamatan, pusat saringan, dan pusat pemeriksaan keselamatan sementara adalah dilarang.

Penduduk ditangkap melanggarnya akan dihantar pulang ke negara asal mereka dan dilarang memasuki semula Arab Saudi berlandaskan undang-undang untuk tempoh tertentu.

Selain itu pihak berkuasa menjelaskan sesiapa mempunyai visa lawatan, tanpa mengira jenis atau jawatan mereka tidak dibenarkan menunaikan haji.

Semua pelawat dinasihatkan mengelak dari melakukan perjalanan menuju Makkah atau tinggal di Makkah antara 2 Jun dan 21 Jun.

Pihak berkuasa melaporkan lebih 20,000 pelawat dengan visa lawatan didapati melanggar peraturan haji, menyebabkan mereka kini dilarang untuk tinggal di Makkah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending