Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Syeikh ‘halau’ trak Pepsi di Lubnan

Seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan kerana menurutnya jenama minuman itu bersekongkol dengan rejim Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan.

Seorang lelaki bergelar ‘Syeikh’ menghalang trak menurunkan produk Pepsi di Bar Elias, Lembah Bekaa di selatan Lubnan kerana menurutnya jenama minuman itu bersekongkol dengan rejim Israel.

Dikenali sebagai Syeikh Araji dalam video tular di media sosial, lelaki itu dilihat menghalang pekerja Pepsi menurunkan produknya dan memberi amaran supaya syarikat itu tidak lagi memasuki kawasan Bar Elias, sebuah bandar di Lembah Bekaa.

“Di Bar Elias, tiada Pepsi! Entiti zionis Israel dilarang masuk sini! Pergi dan beritahu syarikat kamu bahawa di Bar Elias, jangan kamu masuk atau ia akan dibakar. Allah bersama kamu (beredar sekarang)!

“(Barangan) Ini atau selainnya, (semuanya tak boleh). Inilah syarikat Pepsi. Di Bar Elias, kami halaunya keluar.

“Ia (merujuk Pepsi) menyokong entiti zionis Israel, dan dengan jelas mencetak bendera Isreal atas produknya.

“Kalau kerajaan Lubnan tak menurunkan syarikat ini, mereka bersubahat dengan jenayahnya, inilah harga peluru digunakan untuk membunuh orang kita di Palestin,” kata Syeikh Araji.

Beliau turut mempersoalkan pendirian warga Arab apabila Perancis yang dikenali sebagai negara penghina Rasullullah SAW turut bertindak memulaukan negara rejim zionis itu.

“Malah Perancis pun halang Israel sertai ekspo senjata walhal (dia) negara nombor satu penghina Nabi kita! Apa lagi yang kamu mahu? Kamu Arab!” katanya kepada orang ramai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *